Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime “Yohane the Parhelion” Sah Mendapat Game Baharu! Bakal Lancar Pada November 2023!

Maira by Maira
June 27, 2023
in 2D/ Pixel, Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Anime “Yohane the Parhelion” Sah Mendapat Game Baharu! Bakal Lancar Pada November 2023!

Sumber: INTI Creates

Share on FacebookShare on Twitter

Siri spin-off Love Live! Sunshine!!, “Yohane the Parhelion” telah mendapat adaptasi game 2D platform baharu! Untuk pengetahuan anda, game ini sebenarnya telah pun menjadi bahan jenaka semasa “April Fool” tahun ini. Seperti biasa, peminat Love Live tahu bahawa game tersebut pasti akan dihasilkan. Ternyata apa yang dijangka peminat memang benar!

Kisah Yohane the Parhelion: BLAZE in the DEEPBLUE

Apabila dungeon bawah laut tiba-tiba muncul di laut berdekatan Numazu, ia telah mendapat perhatian penduduk bandar. Beberapa kawan Yohane telah pun masuk ke dungeon tersebut untuk menyiasat. Tetapi, tiada sesiapa pun yang pulang selepas itu.

Untuk menyelamatkan kawan-kawannya, Yohane telah memasuki dungeon tersebut. Dia telah bertemu dengan pelbagai cabaran hebat, seperti raksasa ikan dan koridor yang sentiasa berubah.

Adakah Yohane akan berjaya menyelamatkan kawan-kawannya dan membongkarkan misteri dungeon ini?

Yohane the Parhelion
Sumber: INTI Creates

Tentang game

Dihasilkan oleh Inti Creates, game Yohane the Parhelion: BLAZE in the DEEPBLUE akan dilancarkan pada 16 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo switch dan PC melalui Steam.

Yohane the Parhelion
Sumber: INTI Creates

Pemain akan mengawal Yohane sambil dia meneroka sebuah dungeon misteri bersama-sama Lailaps, kawannya. Sudah tentu ada banyak raksasa yang berkeliaran dalam labirin tersebut. Jadi Yohane perlu mengalahkan mereka untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang hilang. Yohane boleh kraf peralatan baharu menggunakan item yang boleh dia jumpai dan mendapatkan kuasa daripada rakannya. Dengan itu, Yohane boleh meneroka dungeon tersebut lebih dalam.

Yohane the Parhelion
Sumber: INTI Creates

Bahagian dalam dungeon akan mempunyai layout yang rawak. Jadi setiap run anda dalam dungeon ini adalah unik.

Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Love Live! Sunshine!!Yohane the ParhelionYohane the Parhelion: BLAZE in the DEEPBLUE
ShareTweetSend
Previous Post

Atomic Heart Akan Hadir dengan DLC Annihilation Instinct pada 2 Ogos, Mode New Game+ Tersedia Sekarang!

Next Post

“Kirito” Sebenar Wujud Dalam Blue Protocol, Dituduh “Cheater” oleh Pemain Lain!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
“Kirito” Sebenar Wujud Dalam Blue Protocol, Dituduh “Cheater” oleh Pemain Lain!

"Kirito" Sebenar Wujud Dalam Blue Protocol, Dituduh "Cheater" oleh Pemain Lain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd