Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atomic Heart Akan Hadir dengan DLC Annihilation Instinct pada 2 Ogos, Mode New Game+ Tersedia Sekarang!

Maira by Maira
June 26, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game
0 0
0
Atomic Heart Akan Hadir dengan DLC Annihilation Instinct pada 2 Ogos, Mode New Game+ Tersedia Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Mundfish mengumumkan bahawa game Atomic Heart akan hadir dengan DLC dan mode New Game+ (NG+). Kandungan DLC akan tersedia pada 2 Ogos 2023 ini manakala mode NG+ pula akan tersedia dalam kemas kini akan datang! Sempena dengan pengumuman menarik ini, trailer baharu untuk game telah pun dilepaskan. Dalam trailer tersebut, terdapat senjata, kawasan, musuh dan kebolehan glove baharu yang anda akan temui. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Bukan setakat itu sahaja, anda yang teringin untuk memulakan pengembaraan anda pada dunia fiksyen alternatif 1955 ini, terdapat promosi khas yang sedang dijalankan! Melalui Steam, Atomic Heart kini dijual dengan potongan harga sehingga 40%, bermula hari ini sehingga 13 Julai 2023! Jadi jangan lupa untuk ambil kesempatan atas promosi yang sedang dijalankan ini!

DLC baharu — Annihilation Instinct

Perjalanan anda bersambung dalam DLC Annihilation Instinct dan lihat apa yang berlaku dalam dunia Atomic Heart setelah klimaks game. Anda akan meneroka Mendeleev Complex dan membongkar kebenaran mengenai NORA sebagai Major P-3 yang kembali ke Facility 3826. Cuba bertahan daripada musuh-musuh baharu dan tumbangkan mereka dengan dua senjata hebat — Secateur dan Klusha. Ini termasuklah kebolehan baharu glove anda– Techno-Stasis yang membolehkan anda untuk manipulasikan masa.

Sumber: Mundfish

Anda juga akan bertemu dengan watak baharu serta melihat lebih dalam tentang kegilaan AI dalam Annihilation Instinct.

Mode New Game+ untuk dicuba

Mode yang diminta oleh ramai pemain akhirnya tersedia secara percuma dengan kemas kini terbaharu. Dalam mode paling susah game, pemain perlukan kesemua skill yang telah dibuka untuk berlawan dengan musuh terkuat Atomic Heart yang telah dilepaskan. Terima kasih kepada efek serangan dan pertahanan spesifiknya, semuanya akan ditunjukkan melalui aura musuh dalam warna berbeza.

Sumber: Mundfish

Atomic Heart kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC dengan tiga edisi: Standard, Gold ( tambahan Atomic Pass) dan Premium (tambahan Atomic Pass dan artbook). DLC Annihilation Instinct akan tersedia pada 2 Ogos 2023. Ia juga akan tersedia dalam Atomic Pass yang ada pada edisi Gold dan Premium.

Sumber: Mundfish

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Atomic Heart daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Annihilation Instinct DLCatomic heartNG_
ShareTweetSend
Previous Post

HUAWEI AppGallery tambah Dragon Nest 2: Evolution, MapleStory R: Evolution & banyak lagi

Next Post

Anime “Yohane the Parhelion” Sah Mendapat Game Baharu! Bakal Lancar Pada November 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Anime “Yohane the Parhelion” Sah Mendapat Game Baharu! Bakal Lancar Pada November 2023!

Anime "Yohane the Parhelion" Sah Mendapat Game Baharu! Bakal Lancar Pada November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd