Sebuah game co-op seram The Blackout Club, yang mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menyiasat misteri seram di kejiranan mereka yang menakutkan telah membuat impak yang besar tahun lepas; sebelum ianya dilancarkan di Steam Early Access pada Oktober tahun lalu.
Ianya dikatakan sebuah game kerjasama yang menyeramkan dimana elemen kejutan dan seramnya di hantar menerusi sistem yang pintar. Banyak kemaskini yang telah diterima oleh game ini semenjak tahun lepas; seperti pembaikan bug dan peningkatan prestasi. Kandungan baru seperti misi, kawasan dan sistem seram yang dipertingkatkan; membolehkan game ini merakamkan “vocalization” pemain sambil mereka memainkan game ini (tanpa menggangu tetapan mikrofon) dan kemudiannya digunakan untuk mencipta pengalaman seram yang paling memberikan kesan kepada anda dan pemain lain.
Pembangunnya; Question, mengumumkan The Blackout Club bakal meninggalkan Early Access dan akan dikeluarkan secara penuh pada 30 Julai ini. Edisi ini bakal menyaksikan lebih banyak penambah baikan dan gilapan dan penambahan kawasan above-ground. Harganya juga akan dinaikkan berbanding USD$20 untuk harga Early Access.
Buat masa ini game ini adalah sebahagian daripada Steam Summer Sale, dijual dengan harga USD$16.
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post