Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

JRPG klasik Baten Kaitos I & II HD Remaster akan tiba di Switch pada 14 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2023
in Artikel, Berita, JRPG, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
JRPG klasik Baten Kaitos I & II HD Remaster akan tiba di Switch pada 14 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Baten Kaitos I & II HD REMASTER akan hadir ke Nintendo Switch pada 14 September 2023. Game ini merupakan koleksi kepada dua game JRPG klasik dalam francais tetapi dikemas kini semula untuk era moden.

Anda boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran lebih umum:

Pemain berpeluang mengalami semula kisah emosi siri Baten Kaitos , yang menampilkan sistem RPG berasaskan kad. Pemain akan mengambil peranan sebagai Guardian Spirit dan membimbing protagonis setiap game dan rakan mereka melalui perjalanan berbahaya masing-masing.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Baten Kaitos: Eternal Wings and the Lost Ocean: Menceritakan tentang Kalas yang ingin membalas dendam atas kematian abang dan datuknya. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan Xelha dan kedua-duanya memulakan pengembaraan untuk mengalahkan Empayar Alfard.

Baten Kaitos Origins: Berlangsung 20 tahun sebelum kejadian game pertama dan menceritakan tentang Sagi, protagonis utama yang mempunyai hubungan dengan para Guardian Spirit dan merupakan sebahagian daripada Dark Service – unit elit kepada Empayar Alfard. Sagi memulakan pengembaraan untuk membersihkan namanya selepas disalah tuduh, serta membongkarkan rahsia gelap empayar.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Gameplay

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Game ini dimainkan dalam cara JRPG tradisional, di mana mengawal watak utama dan rakan-rakannya melalui persekitaran permainan yang bahaya dan pertempuran. Tidak seperti RPG tipikal, siri Baten Kaitos menggunakan mekanik di mana semua item dalam game disimpan dalam kad ajaib yang dipanggil “Magnus“.

Magnus datang dalam dua bentuk iaitu pertempuran dan quest. Segala jenis barang wujud sebagai kad, tidak kira jika ia peralatan, senjata, barang quest dan sebagainya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Satu lagi hal yang membezakan Baten Kaitos dengan JRPG lain adalah pemain tidak bermain secara langsung sebagai protagonis permainan. Sebaliknya, kita akan sebagai “guardian spirit” yang berinteraksi dengan protagonis melalui pilihan respons.

Menjawab soalan dalam cara yang rasional akan mencerminkan pemikiran watak masing-masing dan menguatkan “ikatan” mereka, yang seterusnya memberikan faedah dalam sistem pertempuran.

Bonus pembelian awal

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Buat sesiapa yang membuat pembelian awal, anda akan menerima Buku Seni Digital eksklusif yang termasuk seni daripada dokumen original reka bentuk permainan dan juga visual terkini.


Baten Kaitos I & II HD REMASTER akan hadir ke Nintendo Switch pada 14 September 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: Baten Kaitosnintendo switchRemaster
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Final Fantasy XVI Collector’s Edition – Berbaloi untuk tegar RPG!

Next Post

4 Game Roblox Yang Menyajikan Kandungan Tempatan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
4 Game Roblox Yang Menyajikan Kandungan Tempatan!

4 Game Roblox Yang Menyajikan Kandungan Tempatan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd