Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Live Action One Piece Dedahkan Teaser Pertama! Bakal Tayang di Netflix pada 31 Ogos!

Maira by Maira
June 18, 2023
in Anime, Artikel, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Live Action One Piece Dedahkan Teaser Pertama! Bakal Tayang di Netflix pada 31 Ogos!

Sumber: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara TUDUM Netflix, teaser pertama siri live action One Piece telah pun didedahkan buat pertama kali! Bukan setakat itu sahaja, tarikh tayangan juga telah diumumkan oleh pelakon utama, Iñaki Godoy, iaitu pada 31 Ogos 2023 secara global. Anda boleh tonton teaser rasmi siri di bawah.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, siri live action One Piece akan mempunyai lapan episode kesemuanya dan dijadualkan untuk tayangan di Netflix. Barisan pelakon-pelakon utama untuk krew Straw Hats juga mempamerkan rupa masing-masing dengan pakaian yang berdasarkan daripada siri manga terkenal. Berikut adalah pelakon-pelakon tersebut:

  • Iñaki Godoy (Go, Youth!, Who Killed Sara? ) sebagai Monkey D. Luffy.
  • Mackenyu (Rurouni Kenshin: Final Chapter, Pacific Rim: Uprising ) sebagai Roronoa Zoro.
  • Emily Rudd (Fear Street, Hunters ) sebagai Nami.
  • Jacob Romero Gibson (Greenleaf, All Rise ) sebagai Usopp.
  • Taz Skylar (Boiling Point, Villain ) sebagai Sanji.
Live Action One Piece
Sumber: Netflix

Dengan mendapat seliaan penuh daripada Eiichiro Oda, pelukis manga One Piece, nampaknya kita boleh harapkan produk yang baik untuk adaptasi ini. Oda-sensei juga mengatakan bahawa siri ini merupakan cara terakhir untuk membawa dunia One Piece ke seluruh dunia. Sebab itulah beliau bersetuju untuk penghasilan siri adaptasi live action ini semasa 2016. Kini, selepas hampir tujuh tahun dalam pembikinan, siri tersebut akan berlayar dan menemui peminat pada Ogos 2023.

Live Action One Piece
Sumber: OP_Netflix_Fan – Twitter

Walaupun menerima pelbagai kritikan sejak awal, teaser baharu siri nampaknya memberikan gambaran baik terhadap adaptasi tersebut. Apa pun kita tunggu sahaja apabila episod penuh ditayangkan di Netflix nanti. Harap-harap ia dikeluarkan secara mingguan.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: netflixone pieceOne Piece Netflix
ShareTweetSend
Previous Post

[Unboxing] Diablo IV Limited Collector’s Box Edition — Ada Peta Sanctuary, Art Book & Banyak Lagi!

Next Post

Demon Slayer Musim 4 Diumumkan! Akan Adaptasi “Hashira Training Arc”!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Demon Slayer Musim 4 Diumumkan! Akan Adaptasi “Hashira Training Arc”!

Demon Slayer Musim 4 Diumumkan! Akan Adaptasi "Hashira Training Arc"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd