Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berpunca daripada Tweet “Anti-LGBT”, Kolaborasi bersama NICKMERCS & TimTheTatman dibuang dari Call of Duty!

safwan by safwan
June 14, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Berpunca daripada Tweet “Anti-LGBT”, Kolaborasi bersama NICKMERCS & TimTheTatman dibuang dari Call of Duty!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision telah membawa kolaborasi bersama Content Creator terkenal buat kali pertama untuk Call of Duty: Modern Warfare 2 dan Call of Duty: Warzone 2. Namun, terdapat kontroversi yang berlaku diantara NICKMERCS dan TimTheTatman yang menyebabkan skin mereka dialih keluar dari Call of Duty: Modern Warfare 2 dan Call of Duty: Warzone 2.

Kredit: Activision

Kontroversi ini bermula apabila NICKMERCS mengeluarkan tweet yang dianggap sebagai anti-LGBT dengan menyatakan bahawa kanak-kanak harus diketepikan daripada perbualan seksualiti apabila ia berkaitan dengan pelajaran di sekolah. Disebabkan mengeluarkan tweet yang sedemikian, dia telah menerima banyak tindak balas yang agak negatif daripada pelbagai pihak.

Selepas menerima terlalu banyak respons yang negatif, dia menyatakan yang dia langsung tidak mempunyai sebarang niat jahat terhadap kumpulan LGBT, tetapi perbualan itu harus dilakukan dengan ibu bapa.

Kredit: Activision

Disebabkan perkara itu, Activision terpaksa membuang kolaborasi bersama NICKMERCS di dalam kedua-dua game tersebut kerana ingin fokus kepada sambutan Pride Month.

Berikutan dengan pengalihan keluar kolaborasi NICKMERCS, ramai pemain yang mengatakan tidak akan bermain lagi game ini. Dr Disrespect juga telah uninstall game tersebut dan berkata yang dia tidak akan bermain game tersebut sehingga Activision membawa kembali skin NICKMERCS atau mengeluarkan kenyataan meminta maaf.

Kredit: Activision

Tidak lama selepas itu, TimTheTatman meminta untuk Operator Bundle-nya dikeluarkan daripada Call of Duty. Dan hari ini, Activision telah memenuhi permintaan TimTheTatman dengan mengeluarkan bundle tersebut daripada kedua-dua game Call of Duty.

Activision juga mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“Atas permintaan Tim, kami telah mengalih keluar Operator Bundle TimTheTatman daripada Modern Warfare II dan kedai Warzone.”

pic.twitter.com/NxAg1xNapP

— THE BOYS (@TheBoysTV) June 8, 2023

Selepas apa yang berlaku dengan kolaborasi bersama Content Creator NICKMERCS dan TimTheTatman, mungkin agak sukar untuk Activision mengeluarkan kolaborasi seperti ini lagi di dalam Call of Duty pada masa akan datang. Tetapi, Activision sudah pasti akan membawa kolaborasi lain bersama jenama atau watak fiksyen seperti sebelum ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: call of duty: modern warfare 2Call of Duty: Warzone 2Nickmercstimthetatman
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Klasik Popular, Black Jack Akan Mendapat Manga Baharu Yang Dihasilkan oleh AI!

Next Post

Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix – Anime baru oleh Netflix dengan watak parodi Ubisoft

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix – Anime baru oleh Netflix dengan watak parodi Ubisoft

Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix - Anime baru oleh Netflix dengan watak parodi Ubisoft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd