Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Buru hantu dalam Banishers: Ghosts of New Eden, akan keluar 2023 [SGF 2023] UPDATE

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2023 - Updated on July 14, 2023
in Action, Artikel, Berita, Livestream, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Buru hantu dalam Banishers: Ghosts of New Eden, akan keluar 2023 [SGF 2023] UPDATE
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Banishers: Ghosts of New Eden akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 7 November. Mereka turut mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:

Artikel original seperti berikut:


Di acara Summer Game Fest tahun ini, Focus Entertainment dan DON’T NOD telah mengumumkan Banishers: Ghosts of New Eden, sebuah RPG aksi yang memaksa pemain untuk memburu hantu. Bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada hujung tahun 2023, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum.

Menurut kata Focus Entertainment, kita akan bermain sebagai Antea Duarte dan Red mac Raith, pasangan kekasih dan Banisher—pemburu hantu yang berikrar untuk melindungi mereka yang masih hidup daripada ancaman hantu yang berbahaya. Selepas Antea mati secara tragis dan menjadi roh, Red perlu mencari cara untuk membebaskan kekasihnya daripada penderitaan sedih ini.

Bertarung bersama sambil menggabungkan kemahiran kedua-dua kekasih

Kredit: DON’T NOD

Di hutan Amerika Utara yang berhantu, anda akan menjalani kehidupan dalam komuniti New Eden dan bertanggungjawab untuk membebaskan dunia yang dibelenggu oleh makhluk ghaib dan rahsia purba. Gunakan kebijaksanaan serta gabungan abiliti spiritual Antea dan senjata hebat Red untuk mengalahkan dan menghapuskan roh-roh jahat yang menyeksa orang hidup.

Banyak keputusan berat menanti anda semasa pemain menentukan nasib penduduk New Eden—sama ada mereka yang masih hidup atau roh yang merayau — hingga mempengaruhi kisah dan cabaran yang akan anda hadapi secara dramatik. Peroleh peralatan dan abiliti baharu dalam perjalanan untuk melepaskan kuasa penuh Banisher.

Kredit: DON’T NOD

Pre-order sekarang

Kredit: DON’T NOD

Pre-order Banishers: Ghosts of New Eden versi Collector’s Edition sekarang untuk mendapatkan patung Red dan Antea yang boleh dipisahkan, buku seni rasmi untuk permainan, Steelbook, dua cincin Banisher dan salinan game pada platform pilihan anda (salinan fizikal untuk konsol, salinan digital untuk PC) dengan DLC “Wanderer Set“.


Banishers: Ghosts of New Eden boleh pre-order sekarang dan bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada hujung tahun 2023. Baca segala berita kami tentang pengumuman Summer Game Fest 2023 di SINI.

Tags: Banishers: Ghosts of New EdenGameplaySGF 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Game Adaptasi SAND LAND Diumumkan! Bakal Lancar di PS5, PS4, Xbox Series & Steam!

Next Post

Game Eternights Bakal Lancar pada 21 September 2023 di PS & PC! [SGF 23]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Game Eternights Bakal Lancar pada 21 September 2023 di PS & PC! [SGF 23]

Game Eternights Bakal Lancar pada 21 September 2023 di PS & PC! [SGF 23]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd