Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eyeshield 21 akan keluar projek “one-shot” baru, animasi khas dibuat oleh Yusuke Murata

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Eyeshield 21 akan keluar projek “one-shot” baru, animasi khas dibuat oleh Yusuke Murata
Share on FacebookShare on Twitter

Pada dua hari lepas, kami mendapat pengesahan rasmi bahawa siri Eyeshield 21 akan mengeluarkan projek “one-shot” baharu sempena ulang tahun ke-21 siri manga. Sempena itu, pelukis original Yusuke Murata telah berkongsi animasi khas bagi projek tersebut:

「アイシールド21」21周年特別読み切りの告知アニメを作ってます。音声と効果がまだ入ってない状態ですが一旦アップ。 pic.twitter.com/c3LjT47Fw8

— 村田雄介 (@NEBU_KURO) June 5, 2023

Video anime di atas dimuat naik melalui Twitter rasmi Yusuke Murata (pelukis One-Punch Man dan Eyeshield 21) dan berdurasi hanya 43 saat. Diarahkan olehnya dan dianimasikan oleh Village Studio, video itu tidak menampilkan sebarang audio atau lakonan suara. Di sini, Murata menjelaskan bahawa dia akan memuat naik “versi lengkap” bersama pengumuman rasmi untuk one-shot pada kemudian hari.

Kredit: Yusuke Murata

Buat masa ini, maklumat tentang one-shot Eyeshield 21 itu tidak dikongsikan tetapi kita tahu projek itu dipanggil Brain x Brave. Adakah ini projek anime atau manga? – Maklumat itu juga dirahsiakan tetapi moga-moga kita dapat info baharu dalam masa terdekat.

Apa itu Eyeshield 21?

Kredit: Yusuke Murata

Buat mereka yang tidak tahu, Eyeshield 21 ialah siri manga tentang Bola Sepak Amerika yang ditulis oleh Riichiro Inagaki dan diilustrasikan oleh Yusuke Murata. Manga ini asalnya disirikan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari Julai 2002 hingga Jun 2009 dan mengandungi 333 bab.

Kemudian, adaptasi anime pula menyusul dan terdiri daripada 145 episod televisyen. Siri anime diterbitkan oleh TV Tokyo, NAS dan Gallop dan disiarkan dari April 2005 hingga Mac 2008. Selepas itu, francais Eyeshield 21 telah menghasilkan dua animasi video original (OVA), album audio, permainan video dan barangan lain.

Kredit: Yusuke Murata

Sinopsis

Pemalu, pendiam dan bertubuh kecil, pelajar Sekolah Menengah Deimon, Sena Kobayakawa, adalah mangsa yang sesuai untuk pembuli. Akibat berlari sepanjang hidup, Sena menjadi tangkas dan mengembangkan kemahirannya untuk mengelakkan orang ramai.

Selepas Youichi Hiruma —kapten pasukan Deimon Devil Bats—menyaksikan pergerakan pantas Sena, dia memaksa budak yang pemalu itu menyertai skuadnya. Memandangkan Hiruma ingin menyembunyikan identiti Sena daripada kelab lain, Sena terpaksa bersembunyi di bawah topi keledar “Eyeshield 21”.

Terbiasa mengelak daripada masalah, kepakaran Sena mungkin dapat membantunya menjadi senjata rahsia dalam Deimon Devil Bats.

Kredit: Yusuke Murata

Baca segala liputan kami tentang Eyeshield 21 di SINI.

Tags: Eyeshield 21one-shotYusuke Murata
ShareTweetSend
Previous Post

Hirako Shinji akan pamer Bankai dalam Bleach TYBW Part 2, tidak pernah dilihat dalam manga

Next Post

Man of Medan (Switch) Review: Membawa Pemain ke Kapal Berhantu di Mana-mana Sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Man of Medan (Switch) Review: Membawa Pemain ke Kapal Berhantu di Mana-mana Sahaja!

Man of Medan (Switch) Review: Membawa Pemain ke Kapal Berhantu di Mana-mana Sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd