Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali Musim 3 Akan Ditayangkan di TV3 pada 25 Jun Ini!

Maira by Maira
June 7, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Ejen Ali Musim 3 Akan Ditayangkan di TV3 pada 25 Jun Ini!

Kredit imej: Wau Animation

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama “dikurung” di platform Disney+ Hotstar, akhirnya siri animasi tempatan Ejen Ali Musim 3 akan menemui peminat melalui kaca televisyen. Diumumkan melalui akaun media sosial rasmi, Ejen Ali Musim 3 akan ditayangkan melalui TV3 bermula Ahad, 25 Jun 2023!

ATTENTION AGENTS‼️
Excited to share with you that we’ll see you guys on TV3!
This 25.06.2023! Are you ready? See you in the Arena~ 🤜💥🤛#ejenali #ejenalimusim3 #eas3tv3 pic.twitter.com/b87xAwMxG9

— Ejen Ali (@ejen_ali) June 6, 2023

Untuk pengetahuan anda, semasa siri tersebut pertama kali ditayangkan melalui Disney+ Hotstar, pada Jun 2022 untuk bahagian pertama manakala bahagian kedua pula ditayangkan pada Disember 2022. Siri ini telah pun tamat secara rasmi pada Januari yang lalu, dengan 13 episod kesemuanya.

Ejen Ali Musim 3 TV3
Sumber: Disney+ Hotstar

Ejen Ali Musim 3 membawa penonton melihat sambungan kepada filem, di mana Ali telah melepaskan I.R.I.S. dan meneruskan tugasnya sebagai ejen M.A.T.A. Kemudian, Ali dan rakan-rakannya menyertai A.R.E.N.A. serta bertemu dengan ejen-ejen antarabangsa yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Pada masa yang sama, Cinco bersama Numeros lain berusaha sekali lagi untuk menumpaskan M.A.T.A. manakala Rizwan dan Dos pula cuba mematahkan rancangan jahat Cinco secara rahsia.

Ejen Ali Musim 3 TV3
Sumber: Wau Animation

Jadi anda yang tidak berpeluang untuk menonton Ejen Ali Musim 3 di Disney+ Hotstar, bolehlah ikutinya melalui siaran TV3. Siri ini juga sedang membangunkan filem keduanya. Buat masa ini tiada lagi kemas kini mengenainya. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Wau Animation. Untuk berita lain mengenai Ejen Ali daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Ejen AliEjen Ali Musim 3Ejen Ali Season 3TV3
ShareTweetSend
Previous Post

Sony bekerjasama dengan Fnatic untuk mencipta peralatan gaming INZONE baharu!

Next Post

Transformers: Rise of the Beasts Review — Idea Hebat Dengan Penyampaian yang Sedikit Mengecewakan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Transformers: Rise of the Beasts Review — Idea Hebat Dengan Penyampaian yang Sedikit Mengecewakan

Transformers: Rise of the Beasts Review -- Idea Hebat Dengan Penyampaian yang Sedikit Mengecewakan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd