Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer ingin fokus pasaran gaming, perhatian diberi kepada SpatialLabs, 3D & VR

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2023 - Updated on June 7, 2023
in Aksesori, Aplikasi, Artikel, Berita, Desktop, Headset, Industri, Komputer, Laptop, Teknologi, Temuramah
0 0
0
Acer ingin fokus pasaran gaming, perhatian diberi kepada SpatialLabs, 3D & VR
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa meneroka acara PC terbesar di dunia “Computex 2023” pada minggu lepas, kami cukup bertuah kerana dijemput ke sesi Q&A dengan ketua-ketua Acer termasuk Jane Hsu – Pengarah, Pembangunan Perniagaan, Perniagaan Produk Pengkomputeran Spatial, Jerry Kao –Presiden Perniagaan Produk IT, dan Wayne Ma – Pengurus Besar, IoB Business yang sudi memberitahu kami lebih lanjut tentang usaha terbaharu syarikat dalam pasaran VR dan 3D untuk SpatialLabs.

Kiri ke kanan: Jane Hsu, Jerry Kao, James K. Lin, Wayne Ma

Berikut adalah isinya.

Jangan lupa rehat semasa bermain VR

Kredit: Acer

Kami bersetuju bahawa gaming merupakan tempat terbaik untuk memanfaatkan teknologi VR tetapi orang ramai sering bermain VR untuk jangka masa yang lama yang mungkin menyebabkan isu atau masalah-masalah lain kepada mata mereka. Kami bertanya apakah jumlah masa maksimum seseorang boleh bermain dalam VR dalam satu masa.

Jane Hsu menjawab bahawa masa maksimum bergantung pada orang itu tetapi Acer mengesyorkan pemain untuk mengambil rehat 30 minit secara berkala semasa bermain dalam VR atau 3D. Ia juga tidak terbaik untuk bermain secara gelap gelita (semua lampu dimatikan), walaupun anda tidak menggunakan VR atau 3D.

Kredit: Acer

“Kami melakukan ujian lain, dari orang ke orang. Ada orang, mungkin 30 minit adalah satu kemestian. Kami juga mempunyai orang yang bermain 3 jam berturut-turut dan dia mahu meneruskannya dan kami kata “okay, awak dah selesai, rehat ”. Hal 3D itu, sebenarnya otak anda, bukan kekuatan mata anda.”

“Otak anda yang memproses 3D, jadi kadangkala lebih ramai orang akan berkata mereka berasa letih. Itu kerana otak anda yang melakukan pemprosesan tambahan. Ia boleh dilatih, saya dilatih jadi saya boleh bermain game 3 jam berturut-turut tetapi sentiasa berehat, seperti 30 minit.”

Bermain bersama game engine berlainan

Kredit: Acer

Salah satu aspek paling penting dalam pembangunan sebuah game ialah bekerja dengan game engine berbeza seperti Unreal atau Unity. Kami bertanya sama ada Acer bekerjasama dengan pembangun supaya mereka boleh memahami dan menggunakan engine ini dengan lebih baik untuk game mereka.

Hsu berkata bahawa mereka sebenarnya sudah memulakan rancangan dengan menawarkan templat Unreal dan Unity di GDC 2023.

“Templat itu bagus kerana banyak game sedang dibangunkan pada Unreal Engine. Jadi itu sebenarnya telah membantu kami apabila ingin menyokong tajuk tertentu, kami pergi dengan Unreal atau Unity untuk memendekkan masa membangunkan profil 3D.”

Kredit: Acer

Acer berharap untuk mengeluarkan templat itu dalam masa terdekat tetapi ada banyak lagi “ujian dan pembetulan” untuk memastikan produk itu berkualiti tinggi.

“Bolehkah kami mengeluarkan templat tersebut? Itu boleh menjadi idea, tetapi masalahnya terdapat banyak ujian dan variabel untuk memastikan beberapa game yang kami perlu main dari awal hingga akhir, menjadikan profil 3D dengan pengalaman yang hebat.”

Permintaan Untuk 3D gaming tanpa sempadan

Kredit: Acer

Mula diperkenal pada 2019, SpatialLabs akan terus melaksanakan ciri 3D ke dalam komputer riba gaming. Hsu memberitahu kami lebih lanjut tentang daya tarikan 3D gaming tanpa sempadan seperti cermin mata, peranti persisian dan lain-lain.

“Dengan teknologi ketika itu, kami tidak mempunyai 4K yang mampu dimiliki dan tidak mempunyai kuasa pemprosesan untuk pemaparan masa nyata.”

“Pada masa itu, sesetengah orang mungkin tidak pasti tetapi saya fikir kami memberikan kualiti yang cukup baik di mana ia secara beransur-ansur boleh menjadi benar; bukan sahaja untuk pengguna lama, tetapi sesiapa yang mahukan sesuatu yang lebih mengasyikkan. Malah persidangan video juga lebih baik dengan cara ini.”

“Jadi ia mempunyai semua jenis penyelesaian yang berbeza. Kuncinya seperti yang saya katakan, apa yang anda akan lakukan dengannya, dengan aplikasi itu.”

Cara-cara mengembangkan aplikasi 3D

Kredit: Acer

Kami bertanya Acer untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang percubaan mereka untuk memacu penggunaan 3D tanpa alat persisian sambil memanfaatkan teknologi VR/AR. Menurut Hsu, Acer melakukan banyak kerja pada VR dan 3D – yang kedua-duanya adalah platform berbeza.

“Acer sebenarnya pernah lakukan VR. Dan saya akan katakan VR adalah pengalaman yang hebat dari segi meletakkan anda di tempat maya sepenuhnya. Ini adalah jenis imersif yang berbeza.

Kami masih menganggap VR atau AR dalam XR keseluruhan sebagai sesuatu yang terus melihat teknologi. Tetapi saya harus mengatakan bahawa kesimpulan selepas bertahun-tahun – kami akan teruskan 3D, dan juga melihat pada VR/AR/XR.”

“Kami berfikir bahawa pengalaman keseluruhan dari segi teknologi, ergonomik, bagaimana rasanya, dan juga hadnya. Itulah sebabnya kami masih terus mencari penyelesaian baharu dalam optik, dalam teknologi rendering, dalam kanta untuk melihat bagaimana kami boleh membawa perkara ini kepada pengguna umum.”

“Di situlah kami berpendapat bahawa kami mahu menjadikannya benar-benar mampu milik kepada pengguna, dan ia merupakan pengalaman yang sangat hebat. Kami masih menunggu masa itu.”

Jerry Kao menambah bahawa syarikat dinamakan “Spatial” Labs sebab mereka mahu membangunkan teknologi yang berkaitan dengan semua “perkara spatial” termasuk VR, AR dan 3D.

Minat untuk 3D daripada pihak luar

Kredit: Acer

Untuk soalan terakhir, pihak Acer jika SpatialLabs telah melihat sebarang minat daripada pihak lain dan jika mereka akan melesenkan ciri 3D mereka, atau apa-apa teknologi baharu (yang berkaitan) kepada pihak tersebut.

Kao menjawab”

“Ya. Saya mahukan lebih banyak ekosistem dan kami membawa bantuan kepada dayakan ekosistem dan juga membantu Acer.”

Wayne Ma pun menambah:

“Kami bermula daripada hanya 3 produk dan kini hampir 10 produk – termasuk menawarkan router Wi-Fi, 5G CPE dan 5G Wifi dan Dongle – banyak perkara berbeza.”

“Kami mahu mengerjakan lebih banyak perisian kerana terdapat begitu banyak produk yang ada dalam pasaran, tetapi kami tidak nampak nilai tambah pada produk tersebut. Nilai tambah pula dalah sangat penting kerana mesin semakin rumit dan perlu mengendalikan begitu banyak aplikasi berbeza.”

“Cara-cara untuk mengendalikannya dengan mudah adalah sasaran kami. Saya rasa kita bergerak ke tahap ini dengan lebih baik setiap tahun.”


Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jane Hsu, Jerry Kao dan Wayne Ma kerana sudi menjawab soalan kami dan selamat maju jaya kepada Acer SpatialLabs untuk membawa dunia VR ke tahap baharu.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Acer SpatialLabs di SINI termasuk produk yang mereka tawarkan dan info-info lebih spesifik.

Tags: 3DAcerSpatialLabsvr
ShareTweetSend
Previous Post

Genshin Impact Rekod Kutipan Paling Rendah Sejak Pelancaran pada Bulan Mei 2023!

Next Post

“Dibakar 7 atau 8 kali” — Chris Hemsworth & Sam Hargrave Dedahkan Detik Menarik Semasa Penggambaran Extraction 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
“Dibakar 7 atau 8 kali” — Chris Hemsworth & Sam Hargrave Dedahkan Detik Menarik Semasa Penggambaran Extraction 2!

"Dibakar 7 atau 8 kali" -- Chris Hemsworth & Sam Hargrave Dedahkan Detik Menarik Semasa Penggambaran Extraction 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd