Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA Sports F1 23 Hands-on Preview: Braking Point Kembali, Sistem Pemanduan yang Dipertingkatkan!

Maira by Maira
May 30, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, Preview, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
EA Sports F1 23 Hands-on Preview: Braking Point Kembali, Sistem Pemanduan yang Dipertingkatkan!

Kredit imej: EA Sports

Share on FacebookShare on Twitter

EA Sports akan kembali dengan entri terbaharu untuk sukan perlumbaan F1 untuk tahun ini. Kami telah mendapat peluang mencuba preview untuk F1 23 yang membawa beberapa penambahbaikan pada kawalan kereta dan juga membawa semula mode naratif mereka, Braking Point 2! Jadi tanpa membuang masa, jom kami ceritakan sedikit sebanyak mengenai preview F1 23!

Braking Point 2

Mode naratif Braking Point yang tiada dalam F1 22 akhirnya kembali dalam F1 23. Kali ini, kita dapat melihat sambungan kepada kisah drama dan aksi Aiden Jackson. Tetapi kali ini, Aiden berpasukan dengan saingannya Devon Butler di Konnersport Racing Team, sebuah pasukan baharu yang menyertai F1 grid.

Kami dapat bermain tiga bab terawal Braking Point 2 dan kami boleh katakan bahawa persaingan antara Aiden dan Devon bukan calang-calang. Kedua-duanya tidak mahu beralah semasa berlumba. Tidak sabar untuk melihat lebih lanjut tentang mereka berdua dalam penceritaan baharu ini. Oh ya, sebelum Braking Point 2 bermula, kita dibawa melihat perkara yang berlaku semasa Braking Point pertama, jadi anda dapat mengenali beberapa watak terdahulu dalam Braking Point 2.

Kredit: EA Sports

Dalam bab terbaharu ini juga akan memperkenalkan pemain kepada ramai watak baharu, yang meliputi pasukan yang terlibat dalam Konnersport dan juga juara Formula 2, Callie Mayer. Drama antara kedua pelumba ini lebih menarik kalau anda membaca siaran media dalam game. Kadang-kadang kelakar juga membacanya.

Memandangkan ini merupakan mode naratif, setiap pilihan yang anda lakukan semasa membangunkan kereta dan pasukan, termasuk juga jawapan kepada pihak media, boleh membuka objektif bonus kepada pemain. Berjaya atau tidak, ianya akan memberi impak kepada penceritaan. Setiap aksi juga boleh menentukan level Performance dan Reputation. Akan ada ganjaran yang menanti pemain apabila menyelesaikan Braking Point dengan Performance dan Reputation yang tinggi nanti.

Kredit: EA Sports

Play Mode

Seterusnya kita masuk pula ke mode yang menjadi highlight utama kepada game ini. Dalam preview yang kami main, hanya ada mode Grand Prix dan Time Trial. Kami pasti akan ada banyak lagi mode yang tersedia dalam versi penuh nanti. Untuk kedua-dua mode ini, hanya ada 7 litar yang tersedia iaitu:

  • Bahrain
  • Miami
  • Kanada
  • Hungary
  • Imola
  • Great Britain
  • Brazil

Buat sementara ini, hanya beberapa pasukan dan kereta yang muktamad dalam game iaitu Alfa Romeo, Alpine, Alpha Tauri, Aston Martin, McLaren dan Red Bull. Tetapi kami banyak menghabiskan masa dengan Hamilton daripada Mercedes-AMG Petronas.

Kredit: EA Sports

Agak kekok juga main game lumba dengan mouse dan keyboard, jadi kami banyak menghabiskan masa bermain menggunakan controller PS5 DualSense. Ada perkara menarik yang kami sedar apabila bermain menggunakannya. Apabila perlumbaan bermula, cahaya pada DualSense menjadi hijau, dan jika kami melanggar dinding atau kereta lain, ia akan bertukar menjadi merah sebelum menjadi hijau semula. Getaran semasa pecut di litar memang terasa hebat dengan controller ini, memberikan pengalaman perlumbaan yang lebih mendalam. Ditambah pula dengan teknologi Precision Drive, penggunaan controller semasa bermain lebih mudah dikawal.

Kredit: EA Sports

Bercerita tentang pengendalian dan fizik dalam game ini, kami rasa ianya sangat bagus. Dengan tukar POV kamera, terasa seperti memandu kereta F1 yang sebenar. Setiap pergerakan pecutan, brek dan selekoh terasa seperti dunia sebenar. Agak senang untuk kami mengagak bagaimana kereta tersebut akan bergerak apabila melakukan aksi tersebut. Tetapi kalau anda pandai mengawal pecutan dan brek dengan baik, agak senang untuk anda memotong atau selekoh dalam perlumbaan. Kami juga bukanlah selalu bermain game seperti ini, jadi perlukan masa sedikit untuk biasakan diri dengan kawalan kereta.

Dengan adanya efek permukaan tanah, kalau terlanggar curb pada jalan memang senang untuk anda hilang kawalan kereta. Jadi macam biasa, kenalah bawa perlahan semasa selekoh. Kami pernah juga terlanggar curb ni sampai berpusing kereta melawan arah. Siap kena tegur dengan jurutera semasa perlumbaan.

Kredit: EA Sports

Tidak semua orang nak habiskan masa untuk berlumba berjam-jam dalam game seperti F1. Jadi EA Sports akhirnya membawa tetapan perlumbaan yang paling singkat iaitu 35% race length. Kami tahu ramai pemain F1 sudah lama inginkan sesi perlumbaan yang singkat. Jadi ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin berlumba dalam sesi Grand Prix yang singkat dan mudah.

Ciri lain yang ditambah adalah sistem encoding baharu, yang sememangnya memberikan penambahbaikan pada visual game jika nak dibandingkan dengan game yang lalu. Warna yang ditayangkan kelihatan lebih kaya malah warna gelap juga nampak baik.

Kredit: EA Sports

Permulaan grid juga lebih aktif, dengan perubahan kereta keselamatan dan gerakan memotong berlaku semasa perlumbaan. Tiada bendera merah lagi, tetapi ia mungkin akan tersedia dalam binaan terakhir. Pengurusan tayar masih lagi satu kelebihan yang besar, bukan sahaja dari segi haus, yang terus menentukan bagaimana prestasi berkembang semasa perlumbaan, tetapi juga dari segi kompaun. Ini membuat perbezaan besar dalam memulakan dan menamatkan perlumbaan untuk kedua-dua pemain dan pemandu AI.

Secara keseluruhannya, versi preview F1 23 memberikan kita sedikit sebanyak perkara yang bakal dialami dalam game nanti. Persembahannya juga nampak lebih baik terutamanya dengan sentuhan realism serta reka bentuk bunyinya. Walaupun begitu, ini masih versi preview, jadi ada kemungkinan besar ianya akan berbeza dengan versi akhir nanti.

Kredit: EA Sports

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada EA kerana memberi peluang kepada kami untuk mencuba preview awal game F1 23. Tidak sabar untuk mencubanya apabila ia lancar secara penuh nanti. F1 23 dijadualkan untuk lancar pada 16 Jun 2023 di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Tags: EA Sports F1 23F1 23
ShareTweetSend
Previous Post

Comic Fiesta Kembali ke KLCC! Akan Berlangsung 23 & 24 Disember 2023!

Next Post

Review Diablo IV – Kepulangan mantap selepas 10 tahun, bantu menghentikan ancaman Lilith!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Review Diablo IV – Kepulangan mantap selepas 10 tahun, bantu menghentikan ancaman Lilith!

Review Diablo IV - Kepulangan mantap selepas 10 tahun, bantu menghentikan ancaman Lilith!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd