Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 akan tiba Julai 2023, sambungan Shinigami vs Quincy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 29, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 akan tiba Julai 2023, sambungan Shinigami vs Quincy!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam (28 Mei 2023), kita akhirnya dapat pelbagai info baharu tentang Bleach: Thousand-Year Blood War Part 2 termasuk tarikh keluaran rasmi! Diberi nama Bleach: Thousand-Year Blood War, Part 2 – The Separation, anime ini akan ditayangkan pada hari Sabtu, 8 Julai 2023.

Bukan itu sahaja, pencipta Tite Kubo dan Studio Pierrot turut mendedahkan trailer (melalui Aniplex) dan poster baharu untuk Part 2 – The Separation, yang korang boleh tonton di bawah:

Kredit: Studio Pierrot

Seperti yang kita dapat lihat di poster, protagonis Kurosaki Ichigo dan Uryu Ishida kini berada di pihak bertentangan. Dalam episod terakhir Part 1, Ishida telah mengkhianati rakan baiknya dan membuat keputusan untuk menyertai empayar Raja Quincy– Yhwach. Pasti ramai peminat yang keliru dengan apa yang berlaku, jadi trailer memberi pandangan baharu kepada apa yang bakal terjadi.

Peristiwa yang bakal terjadi di Season 2?

Kredit: Studio Pierrot

Trailer di atas bermula dengan adegan Yhwach, ketua segala Quincy, melantik Uryu Ishida sebagai penggantinya. Apabila mendengar berita itu, ahli Sternritter lain kelihatan tidak berpuas hati.

Selepas itu, trailer berubah kepada para Shinigami yang sedang bersiap sedia untuk melawan Sternritter. Selepas kematian bekas Kapten-Komander Yamamoto Genryusai, semua Shinigami berazaman untuk menjadi lebih kuat. Itu bukan satu-satunya sebab kerana beberapa kapten Skuad juga kehilangan Bankai mereka selepas dicuri oleh Sternritter. Ini bermakna mereka perlu mencari cara baru untuk melawan musuh baharu itu.

Kredit: Studio Pierrot

Ichigo pula cuba mengawal perasaan setelah dikhianati oleh Ishida. Jadi, dia sedang cuba sedaya upaya menguasai dua pedang baharunya dan berharap dapat mengembalikan Ishida ke sisi.


Kredit: Studio Pierrot

Bleach: Thousand-Year Blood War ialah adaptasi anime untuk story arc terakhir bagi manga legenda Bleach oleh Tite Kubo. Anime TYBW bermula tayangan pada tahun 2022, selepas berehat selama 10 tahun, dan mendapat ulasan yang sangat positif daripada peminat dan pengkritik.

Buat peminat di Malaysia yang ingi “catch-up” dengan Bleach: Thousand Year Blood War – Part 1, anda boleh tonton sekarang di Disney+, Ani-One Asia, Netflix dan BiliBili.

Baca segala berita kami tentang Bleach, termasuk fakta trivia menarik, di SINI.

Tags: animebleachBleach: Thousand-Year Blood War Part 2
ShareTweetSend
Previous Post

Zom 100: Bucket List of the Dead Akan Hadir ke Netflix Julai Ini!

Next Post

Keluaran emulator Wii & GameCube, Dolphin di Steam ditangguhkan selepas disekat oleh Nintendo

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Keluaran emulator Wii & GameCube, Dolphin di Steam ditangguhkan selepas disekat oleh Nintendo

Keluaran emulator Wii & GameCube, Dolphin di Steam ditangguhkan selepas disekat oleh Nintendo

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd