Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Phantom Blade Zero – Game aksi samurai slasher untuk PS5 & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam
0 0
0
Phantom Blade Zero – Game aksi samurai slasher untuk PS5 & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Macam-macam game telah diumumkan di Sony PlayStation Showcase 2023 hari ini dan salah satu judul yang menarik perhatian saya adalah Phantom Blade Zero, sebuah game aksi samurai slasher fast-paced oleh S-Game. Seperti saya kata tadi, game ini memiliki identiti yang unik manakala gameplay-nya membuatkan ia menonjol di antara senarai yang dipamerkan.

Untuk memahami konteks, anda boleh tonton trailer rasmi di bawah:

Dicipta oleh S-Game dari China, Phantom Blade Zero merupakan “pewaris” kepada francais game mobile “Phantom Blade” yang dikeluarkan hanya di pasaran China.

Dalam Zero, kita akan bermain sebagai seorang pembunuh upahan bernama Soul yang disalah tuduh sebagai pembunuh Ketua organisasi “The Order”. Setelah diselamatkan oleh penyembuh mistik, Soul kini mempunyai 66 hari untuk membongkarkan siapa sebenarnya yang membunuh ketua The Order bagi membersihkan namanya. – Sinopsis

Kredit: S-Game

Trailer di atas banyak menghabiskan masa mempamerkan sistem pertempuran dalam dunia Phantom Blade Zero yang separuh open-world. Soul perlu bertarung pelbagai “musuh dan raksasa kuat” menggunakan ilmu kungfu dan variasi senjata. Dengan menghadapi pelbagai cabaran dan musuh, anda akan menerima ganjaran termasuk senjata, perisai, artifak, skil dan cara-cara lain untuk customize atau memajukan watak anda.

Kredit: S-Game

Dalam artikel di PlayStation Blog, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas S-Game – Soulframe Liang – memberikan maklumat tambahan tentang inspirasi di sebalik Phantom Blade Zero.

Asanya, game ini menggunakan pelbagai sumber semasa mencipta persekitaran, dan berlangsung di alam semesta yang adanya “kungfu cina, mesin pelik ala steampunk, seni ilmu ghaib, dan perkara yang menarik yang tidak sesuai dengan mana-mana kategori ini.” Game samurai ini juga mengambil ilham dari dunia pawagam, di mana filem Bruce Lee dan John Wick dipetik sebagai inspirasi untuk estetika “kungfupunk” dalam dunia permainan.

Kredit: S-Game

Jika pemaju dapat memastikan kualiti game itu sama bagus seperti dalam trailer, saya yakin ramai pemilik PS5 akan membeli apabila Phantom Blade Zero apabila ia dilancarkan secara rasmi.


Game ini sedang dalam pembangunan untuk PS5 dan PC. Malangnya, tarikh keluaran tepat belum diumumkan lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCPhantom Blade Zerops5samuraislasher
ShareTweetSend
Previous Post

Square Enix Telah Umumkan Game Shooter Terbaharu Ala-ala Splatoon — FOAMSTARS!

Next Post

Interview bersama Wong Ding Chuen, Designer kepada ROG Ally!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Interview bersama Wong Ding Chuen, Designer kepada ROG Ally!

Interview bersama Wong Ding Chuen, Designer kepada ROG Ally!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd