Assassin’s Creed Mirage telah pun diumumkan pada September yang lalu oleh Ubisoft dan dijadualkan untuk lancar pada tahun ini. Walaupun begitu banyak khabar angin mengatakan bahawa tarikh pelancaran game ini sudah ditunda dua kali dan berita terbaru pula menyatakan bahawa ia sudah mempunyai tarikh tetap untuk pelancaran. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Melalui VGC, Ubisoft telah menjadualkan palancaran Assassin’s Creed Mirage pada 12 Oktober 2023. Berita ini datang daripada dataminer Assassin’s Creed bernama j0nathan, yang telah bercerita mengenainya dalam sebuah video Youtube. Katanya tarikh pelancaran game sudah ditetapkan secara dalam dan mungkin boleh berubah jika ia bertembung dengan game besar lain yang belum diumumkan.
Walaupun begitu, jangan pula anda percayakan maklumat ini sepenuhnya. Kita tunggu sahaja maklumat rasmi daripada Ubisoft mengenai pelancaran Assassin’s Creed Mirage nanti.

Tentang Assassin’s Creed Mirage
Mirage membawa kita melihat Basim yang berusia 20 tahun lebih muda, di mana dia yang bermula sebagai pencuri jalanan sehinggalah dia menjadi master assassin. Perjalanan anda sebagai Basim juga akan mempengaruhi pakaiannya.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, AC Mirage akan berlaku pada tahun 861 di kota Baghdad semasa ia masih agung dan menjadi tumpuan dunia. Pasukan pembangun juga telah mengambil inspirasi daripada bandar lain seperti Samarrah. Antara sebab kenapa Baghdad menjadi tempat utama kerana mereka Timur Tengah, tempat di mana bermulanya Assassin’s Creed. Selain Baghdad, pemain juga boleh mengalami detik penting di Alamut, yang merupakan rumah Assassin mulakan creed. Tempat ini jugalah Hidden Ones mendirikan kubu mereka dan ketika game, ianya masih dibangunkan.

Latar belakang dan kebolehan Basim juga telah didedahkan. Sebagai contoh, ketangkasannya yang membuatkan Basim seperti memperlahankan masa, serta boleh membunuh ramai musuh dengan sangat pantas. Selain itu, Assassin’s Focus telah diperkenalkan sebagai keupayaan baharu. Keupayaan ini membolehkan Basim melakukan pembunuhan senyap sekali gus.

Bersama-sama Basim ialah Enkidu seekor burung helang yang boleh sasarkan musuh dan sumber. Tetapi berhati-hati kerana terdapat pemanah khas yang akan memanah helang tersebut. Selain itu, terdapat juga watak lain bernama Roshan yang berperanan sebagai mentor kepada Basim. Dia adalah pahlawan sejati yang berjuang untuk keadilan dan melindungi Hidden Ones dalam apa jua keadaan. Dia seorang warga Parsi berusia 50 tahun, yang merupakan seorang hamba dan kini seorang master assassin. Seperti biasa, dalam game Assassin’s Creed lain ia juga mempunyai tokoh sejarah.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Assassin’s Creed Mirage, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post