Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sukan SEA – Pasukan PUBG Mobile Malaysia bawa pulang gangsa untuk negara!

safwan by safwan
May 15, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Mobile
0 0
0
Sukan SEA – Pasukan PUBG Mobile Malaysia bawa pulang gangsa untuk negara!

Kredit: PUBG MOBILE Esports Malaysia

Share on FacebookShare on Twitter

Selain Mobile Legends: Bang Bang, semalam turut berlangsungnya perlawanan akhir bagi PUBG Mobile, di mana pasukan Malaysia 1 berakhir di kedudukan tempat ke-4 dan membawa pulang pingat gangsa untuk negara dalam kategori berkumpulan.

Malaysia telah menghantar dua kumpulan untuk saingan PUBG Mobile dan berikut adalah pemain yang mewakili Malaysia:

  • Kumpulan Malaysia 1
    • Irzam “DamRUDE” Aman
    • Nabil “Snipes” Nazaruddin
    • Daim “Mica” Rosli
    • Nadzrul “Stuxnet” Sagal
    • Dhiya “uHigh” Ulhaq
    • Azmi “Pasha” Halim (Coach)
  • Kumpulan Malaysia 2
    • Izzrudin “Jumper” Hashim
    • Farish “FlaxOP” Husaini
    • Azli “Oliyo” Amran
    • Aiman “Echo” Mahadzir
    • Syazwan “YeN” Adrian
    • Mosleh “MosGoku” Subairi (Coach) 
Kredit: PUBG MOBILE Esports Malaysia

Perlawanan berkumpulan PUBG Mobile telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 11 Mei sehingga 14 Mei 2023. Pasukan Malaysia telah mencuba sehabis baik dengan memberikan kesemua pengalaman dan skil yang mereka ada untuk membanggakan nama negara di Sukan SEA.

Walaupun kumpulan Malaysia 1 berakhir di tempat ke-4, mereka masih berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara. Manakala kumpulan Malaysia 2 berakhir di tempat ke-11 secara keseluruhannya.

Kredit: PUBG MOBILE Esports Malaysia

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang pemain yang masih mewakili negara dalam kategori individu pula di mana ia akan berlangsung pada hari ini iaitu 15 Mei 2023. Malaysia menghantar seramai 6 orang dan berikut adalah pemainnya:

  • Irzam “DamRUDE” Aman
  • Daim “Mica” Rosli
  • Aiman “Echo” Mahadzir
  • Azli “Oliyo” Amran
  • Izzrudin “Jumper” Hashim
  • Nabil “Snipes” Nazaruddin

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemain yang telah berhempas pulas untuk memenangi kategori kumpulan. Untuk pemain yang akan meneruskan dalam kategori individu pula, kami ucapkan selamat maju jaya.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Malaysiapubg mobilesukan sea
ShareTweetSend
Previous Post

Pencipta Bleach mungkin umum anime baru untuk Burn The Witch (Khabar angin)

Next Post

Selepas 2 tahun berehat, webtoon One-Punch Man akhirnya kembali!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Kredit: ONE

Selepas 2 tahun berehat, webtoon One-Punch Man akhirnya kembali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd