Bersempena dengan World Championship 2023, Konami telah mengumumkan yang mereka kini telah mengadakan kempen Yu-Gi-Oh MASTER DUEL Road to Worlds dan diikuti rapat di Yu-Gi-Oh DUEL LINKS Road to Worlds pada 19 Mei 2023.
Sepanjang kempen ini berjalan, pemain boleh log masuk ke dalam game dan mendapatkan pelbagai ganjaran percuma. Berikut adalah ganjaran yang akan diberikan mengikut game:
Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL

- Kad UR Blackwing Full Armor Master (Royal Finish)
- Ikon reka bentuk Blackwings
- 1,000 Gems
Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS

- Kad Odd-Eyes Raging Dragon (Legend Foil Rarity)
- Dek Struktur Percuma EX (Odd-Eyes Challenger)
- Bonus Log Masuk – 1 UR Dream Ticket (Glossy), 1 SR Dream Ticket (Glossy)
- Bonus Log Masuk – 3 Tiket UR – 1 Prismatic, 1 Glossy dan 1 normal foil rarity
- Bonus Log Masuk – 3 Tiket SR – 1 Prismatic, 1 Glossy dan 1 normal foil rarity
- Kemahiran eksklusif Yuya Sakaki dan Yuto akan diberikan kepada semua Duelist
- 1,000 Gems akan diberikan kepada Duelist dengan log masuk semasa kempen
- Tiket Pembuka Karakter akan diberikan dengan log masuk semasa kempen
- Misi Pertarungan PvP Eksklusif untuk mendapatkan 1 Tiket Skill

Sedikit maklumat tentang Yu-Gi-Oh! World Championship 2023, acara ini akan mempertandingkan 3 kategori iaitu Trading Card Game, Master Duel dan juga Duel Links. Pusingan kelayakan bagi Master Duel akan bermula pada 15 Mei 2023, manakala untuk Duel Links pula akan bermula pada 30 Mei 2023.
Yu-Gi-Oh Master Duel adalah game percuma yang boleh didapatkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Ninendo Switch, PC, iOS dan juga Android. Manakala Yu-Gi-Oh Duel Links pula boleh didapati secara percuma di iOS, Android dan PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post