Kita selalu sangat dengar cerita bahawa Jujutsu Kaisen mungkin tamat pada tahun ini. Nampaknya berita itu mungkin betul dengan perkembangan terbaru dalam manga siri tersebut. Jom kami ceritakan sedikit tentang apa yang terjadi dalam bab terbaru Jujutsu Kaisen!
Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Jujutsu Kaisen bab 221!
Penantian yang lama akhirnya tamat juga setelah Gojo Satoru dilepaskan daripada Prison Realm. Ingatkan sudah lepas dia akan lepak dahulu dengan anak murid dia, tetapi tidak. Dia terus pergi kepada kedua-dua antagonis siri, Sukuna dan Kenjaku.

Apabila mereka bertemu, ingatkan kita akan dapat melihat pertarungan besar-besaran antara mereka tetapi ketiga-tiga watak itu telah bersepakat untuk menundanya sehingga hari Krismas. Kalau ikut masa dalam manga, hanya berbaki sebulan sahaja sebelum Krismas akan tiba. Bermakna kita akan melihat persiapan mereka dalam menghadapi pertarungan akhir siri. Gojo juga dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa dia akan menang nanti.

Yang menariknya, Gojo ada berkata bahawa dia ada banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum berlawan dengan Kenjaku. Ditambah pula dengan Sukuna yang berada dalam badan Megumi, bermakna kerja Gojo semakin bertambah pula.
Agaknya apalah benda yang Gojo ingin lakukan? Nampaknya kenalah tunggu bab akan datang pula. Sudah tentu dia juga perlu bertemu dengan Yuji dan pelajar lain, mungkin untuk menyiapkan mereka untuk pertarungan besar itu nanti.

Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post