Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Blackbeard kalahkan Law, Garp lawan Kuzan & misi Sword Guild (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 9, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Blackbeard kalahkan Law, Garp lawan Kuzan & misi Sword Guild (SPOILER)

Kredit: Shueisha, u/Woody1_12

Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang Hari Raya Aidilfitri, manga One Piece telah mengeluarkan dua bab menarik penuh dengan peristiwa tidak jangka termasuk keputusan pertarungan antara Law dan Blackbeard, Garp berlawan dengan Kuzan, misi sebenar Sword Guild dan keadaan semasa Sabo. Memandangkan saya sudah balik selepas bercuti selama 2 minggu, akhirnya saya ada masa untuk mengumpulkan sinopsis bagi apa yang berlaku dalam manga One Piece bab 1081 dan 1082.

Apakah yang terjadi? Teruskan membaca!

One Piece, Ch. 1,082: As pieces of the old power structure fall, ambitious pirates prepare to make their move! Read it FREE from the official source! https://t.co/Gnk1QK1DS9 pic.twitter.com/xep2syucEE

— Shonen Jump (@shonenjump) May 7, 2023

AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1081 DAN 1082 DI BAWAH! BACA SPOILER 1080 DI SINI!

Bagaimana Kuzan menyertai kru Blackbeard?

Kredit: Shueisha

Monkey D. Garp dan pasukan SWORD tiba di Pirate Island untuk menyelamatkan Koby. Kini dalam keadaan selamat, Koby dan Hibari pergi menyambutnya tetapi Hibari tiba-tiba dibekukan oleh Kuzan.

Sebuah flashback menunjukkan apa yang berlaku setahun selepas Akainu dan Kuzan bertarung di Punk Hazard; beberapa krew Blackbeard (nama sebenar: Marshall D. Teech) berhadapan dengan Kuzan di sebuah bar selepas dia meninggalkan daripada Marine. Kuzan membekukan mereka dengan mudah, yang memaksa Blackbeard untuk berhadapan dengannya secara peribadi.

Kredit: Shueisha

Tiba sahaja, mereka berdua berbual mesra sambil minum. Catarina Devon (salah satu ahli Ten Titanic Pirates di bawah Blackbeard) bertanya kepada Kuzan tentang seorang lelaki dengan parut melecur yang memegang Road Poneglyph. Lelaki itu dikatakan belayar di atas kapal serba hitam yang boleh membentuk pusaran air. Shiryu (juga ahli Ten Titanic Pirates) membuat spekulasi bahawa lelaki itu mungkin bekerja untuk World Government untuk menghalang lanun daripada mencapai One Piece.

Malangnya, Kuzan tidak mempunyai info tentang individu misteri tersebut. Sebuah pergaduhan hampir berlaku apabila Laffitte (ahli Ten Titanic Pirates) menyuruh Blackbeard mencuri Devil Fruit milik Kuzan, tetapi Blackbeard meredakan situasi dengan menawarkan Kuzan untuk menyertai krunya.

Di masa kini, Kuzan mendedahkan dirinya sebagai Titanic Captain terbaharu di bawah Blackbeard Pirates, lalu memaksa Garp untuk bertarung dengannya.

Kredit: Shueisha

Law kalah kepada Blackbeard

Kredit: Shueisha

Di Winner Island, Blackbeard muncul sebagai pemenang menentang Trafalgar D. Water Law setelah memusnahkan kapal selam Hearts Pirates. Blackbeard memikirkan sama ada untuk mengambil Ope Ope no Mi, menjualnya atau memaksa Law melakukan pembedahan untuk dapatkan kehidupan abadi.

Kredit: Shueisha

Dalam diam, Bepo menggunakan ubat yang diberikan oleh Chopper untuk berubah kepada bentuk Sulong, lalu menolak Blackbeard ke belakang, mengambil Law dan melarikan diri di dalam laut. Law, yang berada dalam keadaan separuh mati, tidak ingin meninggalkan kru Hearts Pirates, tetapi Bepo meminta kaptennya untuk untuk mempercayai supaya semua orang dapat bertahan hidup.

Misi Cross Guild

Kredit: Shueisha

Di New Marineford HQ, Sengoku dan Tsuru mendapat berita tentang kematian Vice Admiral T-Bone dan meluahkan bimbang tentang penduduk yang sanggup membelakangi Marine untuk mengejar ‘bounty’ (ganjaran wang) yang ditawarkan oleh Cross Guild. Sengoku bertanya tentang lokasi Garp, yang kemudian dijelaskan oleh Hina.

Adegan bertukar ke Karai Bari Island. Buggy mengucapkan tahniah kepada lelaki yang membunuh T-Bone, walaupun lelaki itu hanya melakukan perbuatan terkutuk tersebut untuk membantu keluarganya yang miskin. Untuk menenangkan lelaki itu, Buggy menjaminkan bahawa dia akan sentiasa dilindungi manakala keluarganya akan diberi pampasan melalui ganjaran wang.

Kredit: Shueisha
Kredit: Shueisha

Ketika meraikan, salah seorang pembuat kapal mengumumkan bahawa kapal Cross Guild sudah siap. Malangnya, kapal itu dihasilkan dalam bentuk badut Buggy – ini tidak menggembirakan Crocodile dan Mihawk. Sambil menyeksa Buggy, Crocodile dan Mihawk membincangkan tentang cara operasi Cross Guild untuk menjadi kuasa militari yang hebat, tetapi Buggy menentang idea mereka kerana menganggap impian itu terlalu kecil.

Dia teringat tentang perbualannya dengan Shanks di Loguetown semasa hukuman mati Gol D. Roger. Buggy menyangka bahawa Shanks akan ingin mengejar gelaran Pirate King seperti Roger dan sanggup belayar bersamanya. Namun, Shanks enggan berbuat demikian kerana mempunyai rancangan lain. Walaupun begitu, Shanks masih mahu rakannya menyertai kru tetapi Buggy menolak kerana merasa dikhianati.

Kredit: Shueisha

Mihawk dan Crocodile tidak kisah dan menyatakan mereka tidak berminat untuk mengejar One Piece yang turut sedang diburu oleh Shanks, Blackbeard dan Luffy. Buggy, dalam keadaan marah dan ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi Pirate King, membuat pengumuman melalui Den Den Mushi bahawa Cross Guild akan mengejar One Piece, lalu menimbulkan kemarahan dua rakan krunya.

Sabo terselamat dan ingin menceritakan hal sebenar di Marijoa

Kredit: Shueisha

Di Momoiro Island, beberapa ahli Revolutionary Army (Ushiano, Ahiru, Gambo, dan Jiron) melihat sebuah kapal menghampiri pulau. Rupanya kapal itu dinaiki oleh Sabo yang terselamat daripada kejadian Lulusia Kingdom. Sabo pergi berjumpa dengan Emporio Ivankov dan Monkey D. Dragon untuk menceritakan apa yang dilihat olehnya di Marijoa.


Maka, itu lah rumusan pendek tetapi padat untuk manga One Piece bab 1081 dan 1082. Apakah yang akan terjadi di bab seterusnya? Adakah Garp boleh menang melawan Kuzan? Apa yang sebenarnya berlaku di Marijoa? Kita akan dapat jawapan tidak lama lagi!

Baca segala berita kami tentang francais One Piece di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Kenali Love Hashira, Gadis Riang yang Perkasa!

Next Post

POCO Perkenalkan Siri F Terbaharu — POCO F5 Pro & POCO F5! Harga Promosi Serendah RM 1399!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post

POCO Perkenalkan Siri F Terbaharu -- POCO F5 Pro & POCO F5! Harga Promosi Serendah RM 1399!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd