Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultraman Blazar – Ultra terbaru dalam francais, akan datang 8 Julai dengan subtitle Melayu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 9, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Tokusatsu
0 0
0
Ultraman Blazar – Ultra terbaru dalam francais, akan datang 8 Julai dengan subtitle Melayu!

Kredit: Tsuburaya Productions

Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kesimpulan Ultraman Decker, Tsuburaya Productions telah mengumumkan entri seterusnya dalam francais Ultraman iaitu: Ultraman Blazar. Merupakan siri ke-33 dalam francais, Ultraman Blazar akan ditayangkan bermula 8 Julai 2023 di Malaysia beserta subtitle dalam Bahasa Melayu.

Berikut adalah trailer perdana:

Sinopsis

Dalam dunia yang dilanda oleh serangan raksasa, Global Guardian Force (GGF) telah menubuhkan pasukan elit Special Kaiju Reaction Detachment atau singkatannya SKaRD demi melindungi Bumi daripada pelbagai ancaman. Keadaan mula berubah apabila kapten Gento Hiruma (Tomoya Warabino) mendapati dirinya bergabung dengan Ultraman Blazar, makhluk asing dari Nebula M421 yang tiba di Bumi untuk membantu memerangi ancaman kaiju.

Apabila Gento menginginkan kuasa demi keadilan, Blazar Brace akan muncul di lengan kirinya. Sambil menanam hasrat ke dalam kristal Blazer Stone yang memegang kuasa cahaya, Gento kemudian memasukkannya ke dalam Blazer Brace untuk berubah kepada Ultraman Blazar.

Dengan bantuan pasukan SKaRD, Ultraman Blazar adalah pelindung seterusnya untuk umat manusia.

Kredit: Tsuburaya Productions

Fakta menarik: Ini adalah siri utama pertama dengan protagonis manusia yang merupakan ayah, bukan remaja/dewasa muda. Berumur 30 tahun, dia berkahwin dengan seorang wanita sebaya dengannya, dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 7 tahun.

Siri ini diuruskan oleh; pengarah utama ialah Kiyotaka Taguchi, yang mengarah siri sejak Ultraman Z. Pengarah Kiyotaka Taguchi akan bertanggungjawab ke atas komposisi cerita bersama dengan Keigo Koyanagi, yang pernah bekerja di Ultraman Z sebagai penasihat tentera dan juga penulis skrip untuk Ultraman Trigger dan siri ini.

Kredit: Tsuburaya Productions

Bila tersedia di Malaysia?

Kredit: Tsuburaya Productions

Siri ini dijadualkan untuk disiarkan serentak di Malaysia melalui YouTube ULTRAMAN OFFICIAL dan mempunyai subtitle dalam bahasa Melayu. Sekali lagi saya ingatkan, ada masa lebih kurang sebulan sebelum Ultraman Blazar ditayangkan di seluruh dunia pada 8 Julai 2023, jadi mohon semua peminat bersabar bulan ini!


Baca segala berita kami tentang francais Ultraman di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: UltramanUltraman Blazar
ShareTweetSend
Previous Post

Patch terbaru untuk Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan minggu ini!

Next Post

The International 12 Dota 2 kembali pada bulan Oktober ini di Seattle!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
The International 12 Dota 2 kembali pada bulan Oktober ini di Seattle!

The International 12 Dota 2 kembali pada bulan Oktober ini di Seattle!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd