Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akibat terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail, Pasukan Valorant tarik diri daripada perlawanan VCL!

safwan by safwan
May 5, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, JRPG, Kejohanan esports, PC, RPG, Shooter, Turn-Based
0 0
0
Akibat terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail, Pasukan Valorant tarik diri daripada perlawanan VCL!

Sumber: Honkai Star Rail & Valorant

Share on FacebookShare on Twitter

miHoYo telah pun melancarkan game terbaru mereka iaitu Honkai Star Rail pada minggu lepas dan terdapat satu berita yang agak kelakar sebenarnya di mana satu pasukan Valorant telah menarik diri daripada kejohanan VCT kerana seorang pemain mereka tidak hadir disebabkan sibuk bermain game gacha tersebut.

Insiden ini berlaku di kejohanan Valorant Challangers League Taiwan/Hong Kong di mana pasukan Ghost CommandoS berhadapan dengan pasukan S2 Esports dan mereka telah menarik diri daripada perlawanan tersebut pada 2 Mei 2023.

Just read about the funniest forfeit possibly in VCT history in VCL HKTW

The team in question (GCS) had to forfeit because one of their players was too busy playing honkai star rail to install the VCT client in time for their match 😭😭 pic.twitter.com/JmdCLZYM3J

— Seulgi (@SeulgiVLR) May 4, 2023

Menurut Dexerto, pemain tersebut terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail sehingga tidak sempat untuk memuat turun VCT client.

Namun, reaksi daripada komuniti sudah pasti merasa kekecewaan dan ada sesetengah daripada mereka memahami mengapa pemain tersebut sibuk bermain Honkai. Seorang pemain berkata “Saya tidak menyalahkan mereka” dan seorang lagi berkata “LMAO 3D waifu mengambil alih”.

Sumber: Valorant

Walau bagaimanapun, terdapat satu persoalan “mengapa perlu download VCT Client pada pertengahan musim?”. VCL telah pun bermula sejak 19 Mac 2023 dan terdapat pelbagai client yang perlu dimuat turun sepanjang musim tersebut. Walaupun ianya hanya kemas kini, pemain perlu uninstall dan terpaksa install semula. Perkara tersebut sudah pasti akan mengambil masa.

Menurut penerangan daripada Daxerto, mereka menggunakan 3 client yang berbeza dan setiap minggu mereka akan menggunakan client yang berbeza. Pada minggu ini, terdapat beberapa kemaskini di mana Bind bersama skin baharu telah masuk ke dalam game. Jadi, mungkin disebabkan perkara tersebut, pemain tidak sempat untuk memuat turun VCT Client dan menjadi salah satu sebab mengapa dia tidak dapat menghadirkan diri dalam perlawanan itu.

Kini, Ghost CommandoS telah pun menamatkan “Regular Season” di tempat yang ke-8 dan tidak berjaya ke pusingan yang seterusnya.

Sumber: Honkai Star Rail

Apapun, saya tidak boleh menafikan yang Honkai Star Rail adalah sebuah gacha game yang agak ketagih dan terdapat beberapa USP yang mereka tawarkan di dalam game tersebut. Jadi, tidak heranlah mengapa pemain professional Valorant itu sibuk bermain Honkai Star Rail sehingga tidak sempat download VCT Client dan tidak hadir pada perlawanan tersebut.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honkai Star RailVALORANT
ShareTweetSend
Previous Post

Apple melancarkan 20 game baharu untuk Apple Arcade – gamer iOS takkan bosan!

Next Post

Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Akan Keluar Sehingga Oda Berpuas Hati!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Akan Keluar Sehingga Oda Berpuas Hati!

Siri Live Action One Piece Netflix Tidak Akan Keluar Sehingga Oda Berpuas Hati!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd