Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Midnight Suns versi Xbox One & PS4 akan tiba 11 Mei bersama DLC “Blood Storm”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 3, 2023
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Epic Store, PC, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel’s Midnight Suns versi Xbox One & PS4 akan tiba 11 Mei bersama DLC “Blood Storm”
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K dan Marvel Entertainment mengumumkan bahawa Marvel’s Midnight Suns versi Xbox One dan PlayStation 4 akan dilancarkan pada 11 Mei 2023 dalam format digital sahaja, manakala kesemua empat DLC turut tersedia untuk dibeli dan dimainkan pada tarikh tersebut. Namun, saya juga ada berita buruk. Malangnya, Marvel’s Midnight Suns versi Nintendo Switch telah dibatalkan dan bukan lagi sebahagian daripada rancangan 2K.

On May 11, lightning strikes TWICE!

⚡ Storm joins the squad
⚡ Midnight Suns arrives on PS4 and Xbox One – including all DLC!

📰: https://t.co/RMRa09S56g pic.twitter.com/ZPVTHf0b7l

— Marvel's Midnight Suns (@midnightsuns) May 2, 2023

11 Mei juga menandakan ketibaan DLC keempat dan terakhir Marvel’s Midnight Suns – Blood Storm yang menampilkan Storm! Tersedia untuk beli secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada Marvel’s Midnight Suns Season Pass (termasuk dalam Legendary Edition), setiap DLC memperkenalkan hero baharu yang boleh direkrut dan menambah tiga story mission baharu, upgrade baharu untuk Abbey, dan pelbagai skin dan pakaian baharu untuk hero.

Mari kita bercakap tentang Storm!

Dianggap sebagai salah satu mutan paling kuat di planet ini, Storm atau nama sebenarnya Ororo Munroe, telah menjadi yatim piatu pada usia muda dan dibawa masuk oleh seorang paderi wanita semasa dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kenya. Apabila kampung mereka menderita semasa kemarau, Ororo menggunakan kuasanya yang baru bangkit untuk menyeru hujan bagi menyelamatkan keluarganya.

Kredit: 2K Games

Bertahun-tahun kemudian, tersebar berita tentang abilitinya untuk mengawal cuaca di mana Ororo kemudian direkrut ke X-Men oleh Charles Xavier lalu mengambil nama Storm. Lama-kelamaan, dia memimpin X-Men dan menggunakan kebolehan mutannya untuk membantu orang di seluruh dunia. Semasa mencari kanak-kanak mutan yang terancam di New York bersama Wolverine, Storm bertemu dengan Magik, yang menggalakkannya untuk menyertai Midnight Suns dalam Blood Storm.

Kredit: 2K Games

Storm boleh direkrut selepas menyelesaikan story mission pertamanya “Hard Knock Life”, yang tersedia selepas menyelesaikan misi “Spidermaaaaans”.


Marvel’s Midnight Suns kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store dan bakal datang ke PlayStation 4 dan Xbox One pada 11 Mei.

Tags: DLCMarvel's Midnight SunsPS4Xbox One
ShareTweetSend
Previous Post

Filem live action Gran Turismo terima trailer pertama! Bakal ditayangkan pada Ogos 2023 di Malaysia!

Next Post

Redfall kini tersedia bersama game lain di dalam Xbox Game Pass pada Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Redfall kini tersedia bersama game lain di dalam Xbox Game Pass pada Mei ini!

Redfall kini tersedia bersama game lain di dalam Xbox Game Pass pada Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd