Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spoiler The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Mula Tersebar di Sosial Media!

Maira by Maira
May 2, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, Nintendo Switch
0 0
0
Spoiler The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Mula Tersebar di Sosial Media!
Share on FacebookShare on Twitter

Kurang dua minggu sahaja lagi sebelum game terbaru The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom akan dilancarkan. Tetapi nampaknya ada yang tidak begitu sabar sehingga sanggup membocorkan banyak spoiler mengenai game tersebut. Jom kami ceritakan sedikit mengenainya.

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom merupakan game sekuel yang dinantikan ramai sejak Breath of the Wild. Walaupun begitu, banyak benda mengenai game ini telah dibocorkan sebelum ini seperti konsol edisi terhad serta artbook game tersebut. Kali ini, terdapat banyak gambar dan video gameplay telah tersebar di Internet melalui media sosial.

Bukan setakat itu sahaja, ada pula seorang pemain yang strim game tersebut melalui Twitch hampir 30 minit sebelum ia dipadam kerana copyright. Lagi teruk sekali game itu juga dikongsikan secara haram melalui laman web ROM dan dimainkan menggunakan emulator.

Bayangkan anda tidak sabar untuk bermain game tersebut, tetapi boleh pula ternampak spoiler cerita untuk Tears of the Kingdom. Sekarang ini, ramai pemain yang sudah menyekat spoiler serta beberapa perkataan berkenaan game itu di media sosial masing-masing. Ada juga yang meluahkan kekecewaan mereka apabila melihat spoiler game itu.

Kalau anda ada nampak spoiler game The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, bolehlah ramai-ramai sekat akaun tersebut supaya tidak memusnahkan pengalaman bermain anda nanti.

Tentang The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom

Game ini merupakan sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild dan akan dilancarkan pada 12 Mei 2023. Berikut adalah penerangan baru daripada laman web Nintendo untuk game:

“Link memulakan perjalanannya di salah satu daripada banyak pulau terapung misteri yang tiba-tiba muncul di langit tinggi di atas Hyrule. Di sanalah wira kita perlu memperoleh kebolehan baharu sebelum kembali ke dunia permukaan untuk memulakan pengembaraan epiknya.

Langit bukan satu-satunya perkara yang berubah dalam Hyrule. Lokasi yang dikenali telah berubah secara dramatik, dengan bandar baharu, gua, dan jurang misteri muncul di seluruh dunia—semuanya menunggu untuk diterokai.“

https://www.youtube.com/watch?v=O2pzSYE7FWY&pp=ygUIbmludGVuZG8%3D

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: SpoilerThe Legend of Zelda: Link's AwakeningThe Legend of Zelda: Tears of the Kingdomzelda
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai filem hebat bakal tiba di GSC & TGV Malaysia pada bulan Mei 2023!

Next Post

Etrian Odyssey Origins Collection akan tiba di Switch & PC Steam pada 1 Jun!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Etrian Odyssey Origins Collection akan tiba di Switch & PC Steam pada 1 Jun!

Etrian Odyssey Origins Collection akan tiba di Switch & PC Steam pada 1 Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd