Impulse Gaming cawangan Sungai Besi Kuala Lumpur telah dibuka hari ini dan kami sempat datang pada hari pertama untuk melihat apa yang kedai ini tawarkan. Merupakan kedai permainan video terbesar di Malaysia, berikut adalah pengalaman kami di Impulse Gaming Sungai Besi Kuala Lumpur!

Terletak di Sungai Besi, kedai baharu di KL ini akan menjadi cawangan Impulse Gaming yang ke-9 mereka di seluruh negara dan keluasan lebih 10,000 kaki persegi. Memang Impulse Gaming tidak bergurau apabila mereka berkata ini merupakan cawangan terbesar di mana terdapat dua tingkat berbeza, dengan pelbagai jenis produk dan barangan yang tersedia.

Pengurus Besar Impulse Gaming, Luke Eng, telah memberikan kenyataan sempena pembukaan Impulse Gaming Kuala Lumpur:
“Tahun ini menandakan tahun ke-15 Impulse Gaming wujud, masa yang lama mengikut piawaian industri, tetapi amat penting dalam dinamik industri permainan video yang sentiasa berubah.”
“Hari ini, kami sangat teruja untuk akhirnya dapat mengumumkan cawangan ke-9 kami di Chan Sow Lin Kuala Lumpur, kedai permainan video terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi, menggantikan Ibu Pejabat JB kami!”
“Kami memutuskan untuk menyerlahkan pengalaman runcit dan menjadikannya seperti bilik pameran, dengan demo tersedia untuk hampir setiap produk yang kami ada!”

Di tingkat bawah, terdapat dua kawasan yang boleh dilihat oleh pelanggan. Di bahagian kiri selepas kaunter depan adalah kawasan utama di mana terdapat banyak gane PlayStation dan Nintendo yang diletakkan di rak paparan yang boleh dibeli. Rak paparan ini sebenarnya penuh seluruh kawasan, dan saiznya pun dua kali ganda lebih besar daripada apa yang kita biasa lihat di kedai permainan di dalam pusat membeli-belah.
Game bukanlah satu-satunya perkara yang dipaparkan di rak, kerana banyak TV dipasang untuk memaparkan game baharu yang kini ada di pasaran. Selain itu, terdapat juga beberapa konsol PlayStation edisi terhad yang dipamerkan, seperti PlayStation 4 Pro Star Wars Battlefront II Limited Edition dan konsol PlayStation 4 Uncharted 4 Limited Edition.

Walaupun bukan untuk dijual, ia menyeronokkan untuk melihat konsol eksklusif ini. Di sebelah rak paparan adalah bahagian “pameran” yang menampilkan pelbagai rakan kongsi kedai ini seperti: Pico, PlayStation, Logitech, Razer, Republic of Gamers dan MSI; di mana pelanggan boleh pergi ke bahagian demo ini dan mencuba semua jenis produk berbeza daripada setiap jenama, dan juga membeli beberapa produk. Walaupun ini bukan konsep baharu, tetapi tidak banyak kedai yang melakukan perkara ini, jadi saya rasa pengalaman ini masih unik dan cool.

Tadi kita sembang tentang bahagian kiri – di bahagian kanan kedai (selepas kaunter) adalah ruang kafe dan merupakan kolaborasi khas antara Impulse Gaming dan Chatto Cafe. Seperti biasa, menu dipaparkan di kaunter kafe, dan amat mengejutkan sekali, pilihan di sana agak banyak. Kafe ini menyajikan pelbagai jenis minuman, daripada minuman Ice Blended, kepada Yogurt Smoothie, kepada kopi, dan banyak lagi.

Jika anda mencari menu selain daripada minuman, kafe ini juga menyajikan pelbagai jenis makanan, bermula daripada makanan ringan seperti croissant dan sandwich, hingga ke makanan yang lebih berat dan mengenyangkan seperti Bentos dan Poke Bowls. Saya tidak mendapat peluang untuk mencuba makanan, tetapi rupanya cukup menyelerakan.
Di hadapan kafe, terdapat bahagian di mana pelbagai jenis barangan dan goodies dijual. Kebanyakan barangan adalah Blind Box daripada pelbagai IP berbeza seperti Disney, Dark Souls, Tekken 7, World of Warcraft, Hatsune Miku dan banyak lagi. Apa yang menarik tentang Blind Box ini ialah kebanyakannya jarang ditemui di kedai lain, dan ia pasti bernilai untuk pengunjung datang melihat semua barangan unik di sana.

Selain itu, terdapat juga rak yang dipenuhi dengan kad TCG, kotak dan pek booster untuk semua peminat permainan kad di luar sana. Ia juga merangkumi rangkaian produk TCG yang agak luas daripada Pokemon, Magic: The Gathering, Vanguard, Digimon dan One Piece. Sebahagian daripada kedai disimpan untuk semua jenis acara dan perhimpunan komuniti gaming, seperti perjumpaan TCG secara mingguan dan juga kejohanan lokal – lantas menjadikan kedai ini sebagai tempat melepak yang selesa untuk anda dan rakan-rakan bergaul dengan orang lain dan berseronok pada masa yang sama.

Naik ke tingkat dua, ia terasa sama mengagumkan seperti di tingkat bawah. Saya dapat melihat deretan demi deretan kit model, figura dan mainan diletakkan di atas rak dan paparan, yang sudah tentu akan menggembirakan para toy collector di Malaysia. Daripada kit model seperti Gundam, kepada figura daripada pelbagai francais seperti Dragon Ball, JoJo’s Bizarre Adventure, Kamen Rider, kepada mainan seperti Lego dan sudah tentu, Pokemon.

Malah terdapat rak hanya untuk alat customisation Gundam seperti botol cat, pen marker Gundam, dan juga aksesori seperti stand figura. Mereka juga mempunyai kakitangan yang bantu menerangkan kepada anda tentang perkara berkaitan Gunpla, seperti jenis kit model yang terbaik untuk bermula jika anda seorang beginner.

Secara keseluruhan, memasuki tempat itu membuatkan saya berasa seperti kanak-kanak yang pertama kali memasuki permainan dan mata saya bersinar apabila melihat isinya di dalam. Rasanya seperti pengalaman yang ajaib, dan jujur itu sudah cukup untuk mana-mana penggemar game. Ia dipenuhi dengan begitu banyak perkara yang menarik dan pastinya berbaloi untuk korang datang melihatnya sendiri.

Kedai Impulse Gaming cawangan Sungai Besi Kuala Lumpur akan dibuka pada 29 April 2023 dan akan mengadakan promosi Pembukaan Besar pada 29 dan 30 April 2023.
Bagi mereka yang ingin membeli belah di Impulse Gaming, mereka mempunyai enam cawangan lain di:
- Johor Bahru HQ
- Bandar Sunway Selangor
- Georgetown, Penang
- Queensbay Mall, Penang
- Southkey Midvalley, Johor
- Seremban Gateway, Negeri Sembilan
@gamersantaimy
Discussion about this post