Impulse Gaming secara rasmi akan membuka cawangan baharu mereka di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 29 April ini! Sempena dengan itu, akan ada promosi khas sempena Grand Opening cawangan terbaru itu! Pelbagai diskaun menarik untuk pelbagai produk yang tersedia nanti. Jom kita lihat promosi hebat tersebut!

Promosi ini akan bermula pada 29 April sehingga 30 April 2023. Pengunjung yang berminat untuk mendapatkan konsol seperti PlayStation 5 versi fizikal pada harga RM 2499. Ia turut hadir dengan dua game percuma yang terpilih. Selain itu, terdapat juga Nintendo Switch OLED Zelda Tears of The Kingdom yang tersedia pada harga RM 1499. Terdapat banyak game PS5 dan Switch tersedia nanti. Tidak dilupakan juga figura, aksesori dan lain-lain.
Berikut adalah senarai produk yang akan tersedia semasa promosi Grand Opening Impulse Gaming cawangan Sungai Besi:
Konsol Game
Peripheral Gaming
Games
Figura & Permainan
Kalau anda ingin tahu, ini merupakan cawangan ke-9 Impulse Gaming selepas setahun dalam perancangan. Bakal menjadi kedai permainan video terbesar di Malaysia, cawangan Sungai Besi Kuala Lumpur mengatasi outlet utama di Johor Bahru dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi.

Bukan itu sahaja, Impulse Gaming membuat keputusan untuk menyerlahkan lagi pengalaman membeli pelanggan dengan menjadikannya seperti bilik pameran, di mana pelbagai demo tersedia untuk hampir setiap produk yang mereka jual! Selain itu, rakan kongsi kami termasuk Logitech, MSI, Razer, Asus dan PlayStation juga akan mempunyai bilik pameran sendiri dalam kedai untuk pelanggan melihat! Anda boleh lihat lebih lanjut melalui pautan ini.

Jadi apa tunggu lagi, simpan tarikh ini dalam kalendar anda dan kunjungi cawangan terbaru ini! Mungkin ada beberapa produk yang menarik perhatian anda! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai promosi daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post