Teamfight Tactics ialah versi League of Legends untuk game Dota Auto Chess yang diumumkan pada minggu lepas, kini sudah live di League of Legends Public Beta Environment. Ini bermakusd pemain akhirnya boleh mencuba beta ini- dengan syarat mereka harus mempunyai akses kepada PBE.
Malangnya, terdapat satu faktor yang mengehadkan ramai pemain. Untuk memiliki akses kepada PBE, pemain haruslah sekurangnya Level 3 Honor. Untuk rumuskan, hanya pemai yang aktif dan mempunyai rekod yang cantik dan bagus boleh cuba. (Honor ialah sistem ganjaran yang bertujuan untuk meningkatkan sikap-sikap positif di dalam game. Pemain akan bermula setiap musim League of Legends pada Level 2 Honor dan harus berusaha untuk memanjat tangga rank daripasa situ.)
Riot berkongsi beberapa tip pendek untuk pemain yang baru ingin mencuba Teamfight Tactics:
- Ini adalah BETA- jangan terkejut jika ada bugs. Kalian boleh bantu kami dengan menunjukkan bug tersebut!
- Beri maklum balas- Apa yang kalian suka, benci, dll? Untuk mode ini, kami berusaha untuk membangunkannya bersama anda.
- Equip beberapa emotes- jangan terlepas peluang untuk meraih kemenangan anda depan pihak lawan di medan pertempuran.
Jika korang sudah layak untuk PBE, korang boleh sign up di sini untuk mengambil bahagian. Jika tidak pun, masih ada berita baik kerana korang tidak perlu menunggu lama untuk bermain Teamfight Tactics. Keluaran penuh dijadualkan untuk muncul bersama patch 9.13 League of Legends, yang diramal akan keluar pada minggu depan. Sementara menunggu, ramai streamer Teamfight Tactics untuk menonton di Twitch, dan perbincangan komuniti Teamfight Tactics subreddit.
Sumber – League of Legends
@gamersantaimy
Discussion about this post