Square Enix telah mengumumkan bahawa siri FINAL FANTASY PIXEL REMASTER, yang mengumpulkan FINAL FANTASY I sehingga FINAL FANTASY VI yang telah tersedia di Steam dan peranti mobile, kini tersedia untuk pemain PS4 dan Nintendo Switch. Versi bundle yang mempunyai kesemua enam tajuk game turut dilancarkan. Sempena pelepasan versi konsol game, sebuah trailer baru telah dilepaskan. Anda boleh tonton video tersebut di bawah:
Untuk pemain PlayStation 4, jika anda membeli game ini sebelum 25 Mei 2023, anda akan mendapat Theme dan Avatar yang boleh digunakan pada konsol anda! Boleh lawati laman web tersebut untuk semua tajuk dan versi Bundle.

- FINAL FANTASY
- FINAL FANTASY II
- FINAL FANTASY III
- FINAL FANTASY IV
- FINAL FANTASY V
- FINAL FANTASY VI
- Versi Bundle (FF・FFII・FFIII・FFIV・FFV・FFVI)
Tentang FINAL FANTASY Pixel Remaster Series
Enam game pertama siri Final Fantasy telah mendapat kemas kini pada grafik dengan piksel 2D baru yang kelihatan hebat pada paparan HD. Selain itu, ia turut hadir dengan soundtrack yang digubah semula oleh komposer asal, Nobuo Uematsu. Gameplay juga ditambahbaik dengan UI yang lebih moden, pilihan auto-battle dan banyak lagi.

Pada versi konsol, ciri seperti fon piksel yang diilhamkan oleh versi asal dan pilihan penukaran BGM telah dilaksanakan yang membolehkan pemain menikmati pengalaman lebih dekat dengan game asal. Selain itu, ciri boost termasuk menutup random excounter dan melaraskan perolehan experience telah ditambahkan supaya lebih kasual dan lebih luas dalam gaya bermain. Di samping itu, setiap tajuk mempunyai elemen game konsol unik tersendiri yang dilaksanakan.
Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Final Fantasy daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post