Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suzume kalahkan One Piece: RED sebagai Filem Anime Ke-4 Paling Popular Sepanjang Zaman

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 18, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Suzume kalahkan One Piece: RED sebagai Filem Anime Ke-4 Paling Popular Sepanjang Zaman
Share on FacebookShare on Twitter

Dihasilkan oleh CoMix Wave Films dan diarahkan oleh Makoto Shinkai, filem anime Suzume (yang kini ditayangkan di Malaysia) kini merupakan ‘Filem Anime ke-4 Paling Popular Sepanjang Zaman‘ dengan kutipan sebanyak USD $290,676,705, lantas mengalahkan One Piece: Film Red yang kini berada di Tempat ke-5.

Sebahagian besar daripada kejayaan itu berasal dari negara China di mana ia berjaya memperoleh USD $104.89 juta – filem Jepun pertama untuk melepasi angka USD $100 juta. Di Jepun, kutipan kasar adalah sekitar USD $107.44 juta manakala baki keuntungan datang daripada negara-negara lain di seluruh dunia.

Berikut adalah senarai terkini untuk Filem Anime Paling Popular Sepanjang Zaman:

  1. Demon Slayer the Movie: Mugen Train – : $507 juta
  2. Spirited Away – $395 juta
  3. Your Name –  $382 juta
  4. Suzume – $290 juta
  5. One Piece Film RED – $246 juta

Suzume telah meningkat dengan cepat dalam populariti sejak dikeluarkan dan secara beransur-ansur menjadi sensasi global. Walaupun banyak faktor menyumbang kepada kejayaannya, faktor yang paling ketara ialah teknik penceritaan, visual menarik dan animasi yang menggerakkan emosi.

Suzume dicipta oleh Makoto Shinkai, seorang juruanimasi, pengarah dan pengarang kepada anime hebat lain seperti Your Name (berada di tangga ke-3 sebagai Anime Paling Popular), Weathering With You, dan 5 Centimeters Per Second.

Suzume kini ditayangkan di Malaysia, jadi tontonlah filem ini kalau ada peluang!

Synopsis:

Di seberang pintu, tinggal hanya masa sepenuhnya—

Perjalanan Suzume yang berusia 17 tahun, bermula di sebuah bandar tenang di Kyushu, apabila dia bertemu dengan seorang lelaki muda yang memberitahunya, “Saya sedang mencari pintu.” Apa yang Suzume temui ialah satu pintu lama yang berada di tengah-tengah runtuhan, seolah-olah ia terlindung daripada sebarang malapetaka yang melanda. Terpukau dengan kuasanya, Suzume mencapai tombol pintu tersebut…

Pintu-pintu mula terbuka satu demi satu di seluruh Jepun, melepaskan kemusnahan kepada sesiapa yang berada di dekatnya. Suzume mesti menutup portal ini untuk mengelakkan bencana selanjutnya.

Ditarik oleh pintu misteri ini, perjalanan Suzume bermula.


Baca segala liputan kami tentang filem Suzume di SINI.

Sumber – Wiki

Tags: animefilemSuzume
ShareTweetSend
Previous Post

EA Sports PGA Tour (PS5) — Ayun Sehingga Masters!

Next Post

10 FAKTA yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
10 FAKTA yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!

10 FAKTA yang ramai tidak tahu tentang Super Mario!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd