Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

John Wick: Chapter 4 berjaya kutip lebih $349 juta dalam masa sebulan!

safwan by safwan
April 17, 2023
in Action, Artikel, Filem, Movie/siri
0 0
0
John Wick: Chapter 4 berjaya kutip lebih $349 juta dalam masa sebulan!
Share on FacebookShare on Twitter

John Wick: Chapter 4 telah mula ditayangkan di Malaysia sejak 23 Mac 2023 dan hampir sebulan ia ditayangkan di seluruh dunia. Nampaknya, ramai yang ingin melihat Keanu Reeves berlakon sebagai John Wick dan menjatuhkan High Table.

Menurut Collider, minggu ini adalah minggu ke-4 dan mereka telah mengutip keuntungan sebanyak $18.6 juta di 76 pasaran. Korea Selatan adalah penyumbang besar pada minggu ini dengan kutipan sebanyak $5.9juta kerana ia baru sahaja ditayangkan di sana.

Buat masa sekarang, minggu yang ke-4 adalah diantara yang terbaik kerana telah mendapat kutipan sehingga $189.6 juta dan menjadikan jumlah kutipan box office seluruh dunia adalah $349.7 juta.

Jika nak dibandingkan dengan 3 filem John Wick sebelum ini, John Wick: Chapter 4 adalah filem yang paling berjaya setakat ini. Filem pertama John Wick telah pun ditayangkan pada tahun 2014 dan mendapat kutipan sebanyakk $86 juta sahaja. Manakala untuk John Wick: Chapter 2 pula sebanyak $174 juta dan John Wick: Chapter 3 – Parabellum mendapat kutipan sebanyak $328 juta.

Dengan melihat statistik kutipan yang ada di Box Office Mojo, nampaknya filem yang ke-4 dapat menarik ramai orang untuk menonton filem ini. Bukan sahaja pada peminat yang setia malah dapat mencipta peminat baharu yang baru masuk ke dalam francais John Wick.

Tambah pula dengan rating di Rotten Tomatoes yang diberikan oleh pengkritik adalah sangat positif iaitu 94% (Certified Fresh), ia membuatkan ramai orang yakin untuk menonton filem ini dengan lebih semangat.

“John Wick (Keanu Reeves) mendedahkan jalan untuk mengalahkan High Table. Tetapi sebelum dia boleh mendapatkan kebebasannya, Wick mesti berhadapan dengan musuh baharu dengan pakatan kuat di seluruh dunia dan kuasa yang menukarkan kawan lama menjadi musuh.“

Filem ini akan dibintangi oleh Keanu Reeves sebagai John Wick, Donnie Yen sebagai Caine, Bill Skarsgard sebagai Marquis, Laurence Fishburne sebagai The Bowery King, Hiroyuki Sanada sebagai Shimazu, Shamier Anderson sebagai Tracker, Lance Reddick sebagai Charon, Rina Sawayama sebagai Akira, Scott Adkins sebagai Killa dan juga Ian McShane sebagai Winston Scott.

Saya ingin meningatkan anda bahawa John Wick: Chapter 4 masih ditayangkan di Malaysia. Jika sesiapa yang masih belum menonton, saya memang sarankan anda untuk layan John Wick: Chapter 4 di panggung. Tak percaya? Ini review kami mengenai John Wick: Chapter 4.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: John Wick: Chapter 4
ShareTweetSend
Previous Post

[Khabar Angin] Tayangan Percubaan One Piece Live Action Mendapat Pelbagai Reaksi Negatif!

Next Post

Design T-shirt & Hoodie Rasmi Game Silent Hill 2 Kena Kritik Oleh Peminat!

Next Post
Design T-shirt & Hoodie Rasmi Game Silent Hill 2 Kena Kritik Oleh Peminat!

Design T-shirt & Hoodie Rasmi Game Silent Hill 2 Kena Kritik Oleh Peminat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd