Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Endless Dungeon Kena Tunda, Akan Lancar Pada 19 Oktober!

Maira by Maira
April 13, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Endless Dungeon Kena Tunda, Akan Lancar Pada 19 Oktober!
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA dan Amplitude Studios SAS telah mengumumkan bahawa game ENDLESS DUNGEON akan menundakan pelancarannya di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC sehingga 19 Oktober 2023. Akses awal game akan tersedia pada 17 Oktober untuk pemain yang pra-tempah ENDLESS DUNGEON “Last Wish” Digital Edition di PC dan konsol. Untuk versi Nintendo Switch pula, tarikh baru akan diumumkan pada masa akan datang.

Pemain yang telah pra-tempah boleh menerima bayaran balik mengikut polisi kedai digital masing-masing.

Kalau anda ingin tahu, ENDLESS DUNGEON sepatutnya dilancarkan pada 18 Mei. Penundaan ini dilakukan untuk membolehkan Amplitude untuk menggabungkan maklum balas komuniti untuk game inovatif dan meneruskan jejak tajuk sebelumnya dalam ENDLESS Universe. Berdasarkan maklum balas pemain, Amplitude akan mengusahakan penambahbaikan termasuklah balancing, meta-progression, onboarding dam menggilapkan game untuk mencipta pengalaman roguelite terbaik untuk pemain.

Romain de Waubert, Pengurus Besar dan CCO Amplitude Studios berkata:

“Kami bersyukur dan  berbesar hati kerana pemain tidak sabar-sabar untuk bermain ENDLESS DUNGEON. Maklum balas yang kami terima merentas sesi OpenDev kami setakat ini telah membuktikan kepada kami bahawa kami benar-benar mempunyai sesuatu yang istimewa di tangan kami dan kami mahu memastikan kami mempunyai masa untuk game mencapai potensi sepenuhnya.

Pemain sentiasa berada di tengah-tengah falsafah studio kami dan mengeluarkan ENDLESS DUNGEON pada Oktober akan memberi kami masa tambahan untuk terus bekerja dengan komuniti dan menggilap game untuk pengalaman hari pertama yang menakjubkan.

Kami tidak sabar menunggu peminat Universe dan pendatang baru untuk mengalami gabungan gameplay unik ENDLESS DUNGEON yang terdiri daripada rogue-lite, taktikal dan tower defense.”

Sejak ENDLESS DUNGEON™ diumumkan, pemain telah menjadi sebahagian daripada proses pembangunannya melalui platform pembangunan bersama Games2Gether Amplitude. Ahli telah mengambil bahagian dalam sesi OpenDev untuk bermain game pada stage yang berbeza dalam pembangunannya dan menawarkan input mereka tentang ciri khusus yang menyentuh segala-galanya daripada core loop kepada perkembangan meta. Amplitude akan terus memproses dan melaksanakan maklum balas ini untuk memastikan pemain ENDLESS DUNGEON mempunyai pengalaman terbaik semasa pelancaran.

Untuk mengucapkan terima kasih kepada komuniti di atas kesabaran mereka, Amplitude akan menyertakan  beberapa kandungan percuma tambahan untuk mereka yang telah membeli game di PC dan bagi mereka yang pertama membelinya semasa keluaran pada konsol. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini melalui laman web rasmi.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Endless Dungeon
ShareTweetSend
Previous Post

AI kini boleh dapatkan ‘kata laluan’ dalam masa kurang seminit, mohon netizen hati-hati!

Next Post

iQOO Z7 & iQOO Z7x lahir untuk gaming – Cas 9 minit untuk bekal 3 jam tenaga!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Next Post
iQOO Z7 & iQOO Z7x lahir untuk gaming – Cas 9 minit untuk bekal 3 jam tenaga!

iQOO Z7 & iQOO Z7x lahir untuk gaming - Cas 9 minit untuk bekal 3 jam tenaga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd