Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Bleach: TYBW Part 2 akan menampilkan pertarungan khas yang tidak wujud dalam manga

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 12, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Bleach: TYBW Part 2 akan menampilkan pertarungan khas yang tidak wujud dalam manga
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Viz Media telah berkongsi artikel temu ramah bersama Tite Kubo, pencipta manga Bleach, dan Masakazu Morita, pelakon suara untuk watak Ichigo Kurosaki. Selain memberikan banyak info baharu tentang anime Bleach: Thousand Year Blood War (TYBW) Part 2, temu ramah ini turut mengesahkan bahawa satu pertarungan khas -yang tidak wujud dalam manga original- akan ditambahkan ke dalam anime.

Tite Kubo sendiri yang mengesahkan berita ini, dan memberikan info ekstra:

Bak kata Kubo, pertarungan ini akan berlaku antara ‘dua watak spesifik’. Semasa menghasilkan manga Bleach, beliau tidak dapat melukis adegan pertarungan antara dua watak tersebut; jadi apabila pasukan produksi meluahkan minat untuk melihat dua watak itu bertarung di dalam anime, Kubo mengambil peluang untuk membantu.

“Saya membuat keputusan untuk menyemak semula idea itu dengan memberikan beberapa lukisan dan nama watak.” – Kata Kubo.

Hasilnya, beliau memberikan 5 hingga 6 muka surat penuh dengan lukisan ilustrasi untuk menunjukkan bagaimana watak harus bergerak dan bertarung dalam anime.

Pasti ramai peminat tertanya-tanya ‘watak mana yang akan terlibat’ tetapi kita hanya akan dapat tahu jawapannya apabila Bleach TYBW Part 2 ditayangkan pada bulan Julai 2023 nanti. Selain info eksklusif ini, temu bual itu turut mengandungi banyak lagi topik menarik antara pencipta dan pelakon suara Ichigo. Korang boleh membaca interview penuh di SINI.

Sinopsis TYBW Part 1: Bleach Thousand-Year Blood War adalah berdasarkan story arc terakhir dalam manga yang mengisahkan konflik antara Soul Society dan raja Quincy bernama Yhwach yang dikalahkan satu milenium dahulu. Rupanya, Yhwach hanya menunggu masa untuk membalas dendam dan berniat untuk menghapuskan kedua-dua dunia manusia dan Soul Society buat selama-lamanya.

Dalam Part 1, Yhwach melancarkan pencerobohan serentak ke atas Soul Society dan Hueco Mundo (dunia Hollow dan Arrancar). Walaupun Ichigo dan semua rakan-rakan lain berjuang untuk menamatkan pencerobohan Yhwach, tetapi kerosakan dan jumlah yang mati terlalu tinggi. Nampaknya Yhwach hampir menang pertembungan pertama.

Dalam keadaan patah semangat atau ingin membalas dendam, kita akan melihat sambungan TYBW pada Julai 2023 nanti.

Buat mereka yang belum tonton Bleach TYBW, saya sarankan korang tonton sekarang di BiliBili dan Netflix. Baca segala liputan kami tentang Bleach termasuk fakta dan trivia, analisis dan spoiler di SINI.

Tags: animebleach
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] Resident Evil 4 Remake – Game Remake wajib beli bagi peminat horror survivor!

Next Post

Assassin’s Creed mempunyai manhwa sendiri! Dihasilkan oleh studio Solo Leveling, Omniscient Reader

Next Post
Assassin’s Creed mempunyai manhwa sendiri! Dihasilkan oleh studio Solo Leveling, Omniscient Reader

Assassin’s Creed mempunyai manhwa sendiri! Dihasilkan oleh studio Solo Leveling, Omniscient Reader

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd