Hari ini, Konami telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk game ‘party co-op’ Super Bomberman R 2. Bakal dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam, game ini akan dikeluarkan pada 14 September.
Sebagai entri terbaharu dalam siri permainan ‘party battle’ Super Bomberman R, judul kali ini memiliki pelbagai game mode dan pengembaraan baharu. Menurut Konami, Super Bomberman R 2 memiliki jumlah kandungan terbesar dalam sejarah siri setakat ini! Game ini bukan sahaja menampilkan pertempuran offline yang boleh dimainkan bersama keluarga dan rakan, tetapi juga pertempuran online yang menghubungkan pemain dari seluruh dunia, serta mode single player.
Kempen single-player

“Kisah 8 Bomberman Brothers dan rakan baharu mereka iaitu Ellons! Kapal Black Moon merayau seluruh galaksi, memusnahkan bandar-bandar di planet yang dilawatinya. Ketika ancaman muncul di seluruh alam semesta sekali lagi, bolehkah 8 Bomber Brothers dan rakan baru mereka, para Ellons, selamatkan alam semesta dan jaga keamanan?”
Battle Mode

- Standard: Mod pertempuran klasik yang digemari daripada Super Bomberman R 1 dan Super Bomberman online kembali.
- Grand Prix: Bersaing untuk kristal dan kalahkan pemain lain.
- Battle 64: Jadilah pemain terakhir yang berdiri dalam battle royale klasik ini. Mode huru-hara ini menampilkan 64 pemain, tetapi hanya seorang sahaja yang boleh keluar sebagai pemenang.
Selain daripada di atas, Battle Mode baharu bernama “Castle” juga ditambah di mana pemain dibahagikan kepada bahagian Attack dan bahagian Castle untuk bertarung demi harta karun!

- Castle: Lawan 1 vs 15 dalam mode baharu ini. Pemain bertahan ditugaskan untuk mencipta peta dan meletakkan perangkap untuk memperlahankan serangan. Pihak penyerang pula mesti mengatasi pertahanan tersebut untuk mencapai peti harta karun dan menang!
Fungsi “Stage Editor” juga ditambah, yang membolehkan pemain membuat level mereka sendiri dalam “Castle” lalu berkongsinya secara online dengan pemain lain di seluruh dunia.

Bagi mereka yang berminat, Super Bomberman R 2 boleh diprapesan sekarang di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4,
Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam. Game ini turut menyokong cross-play di semua platform di atas.
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Bomberman, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post