Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game ‘Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai’ akan keluar dalam Okt-Dec 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2023 - Updated on April 6, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Game ‘Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai’ akan keluar dalam Okt-Dec 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diumumkan dua tahun lepas, sudah lama ‘Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai’ mendiamkan diri. Merupakan game action RPG, beberapa hari lepas Square Enix, Game Studio dan KAI GRAPHICS mengumumkan bahawa game tersebut akan dilancarkan sekitar musim luruh 2023 (lebih kurang Oktober hingga Disember) di seluruh dunia untuk PS5, PS4, Switch dan PC melalui Steam.

Seperti saya kata tadi, ini adalah game Action-RPG berdasarkan manga dan anime DRAGON QUEST The Adventure of Dai yang popular. Diadaptasikan ke platform baharu, pemain boleh mengalami perspektif unik ke dalam kisah Dai dan rakan-rakan.

Pertama sekali, terdapat dua mod – “Story Mode,” di mana pemain boleh mengalami semula kisah anime Dragon Quest The Adventure of Dai dan dungeon original “Temple of Memories,” yang mengandungi musuh dan mekanik berbeza setiap kali anda bermain melalui tingkat berlainan.

Story Mode

Dalam story mode, anda akan bermain melalui jalan cerita anime daripada ‘mula hingga ke Battle of Sovereign Rock Castle.’ Dalam perjalanan, bertarung dengan pelbagai musuh ikonik sambil mengawal Dai, Popp, Maam dan Hyunckel.

Bukan itu sahaja yang menarik kerana pihak produksi turut menambah banyak cutscene khas untuk mereplikasikan adegan anime. Jadi buat sesiapa yang tidak mengenali Dai, itu pun tiada masalah kerana anda boleh sahaja mengikuti pengembaraan di dalam game.

Temple of Memories

Temple of Memories pula ialah dungeon original di mana musuh dan mekanik pentas berbeza akan muncul setiap kali anda bermain. Pelbagai “pilihan” yang pemain bakal buat merupakan kunci untuk menewaskan dungeon ini, dan bergantung pada pilihan tersebut, kebolehan watak mungkin akan bertambah kuat, atau mungkin anda akan menghadapi musuh dahsyat.

Bagi mereka yang kurang tahu, Dragon Quest: The Adventure of Dai ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Riku Sanjo dan dilukis oleh Koji Inada, berdasarkan francais game popular Dragon Quest.

Ia mula disirikan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha dari Oktober 1989 hingga Disember 1996.

Manga itu kemudian diadaptasi menjadi siri anime, yang diterbitkan oleh Toei Animation dan disiarkan dari Julai 1991 hingga Julai 1992. Adaptasi anime kedua berdasarkan manga ditayangkan pada Oktober 2020 dan disiarkan sehingga Oktober 2022.

Siri ini mengisahkan tentang seorang hero muda bernama Dai, bersama rakan-rakannya, yang berjuang untuk melindungi dunia daripada tentera raksasa yang diketuai oleh Dark Lord Hadlar dan tuannya, Dark King Vearn.

Sinopsis

Buat masa ini, Infinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam. Tarikh keluaran masih belum diumumkan, tetapi ia pasti akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.

Baca segala liputan kami tentang siri Dragon Quest The Adventure of Dai di SINI.


[NOTIS]

Harap maklum, laman web kami sedang dikemas kini. Format artikel akan dibaiki sebaik sahaja penyelenggaraan selesai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Quest The Adventure of DaiInfinity Strash: Dragon Quest The Adventure of Dai
ShareTweetSend
Previous Post

Shrek 5 Dalam Pembangunan, Cuba Untuk Bawa Semula Pelakon Asal!

Next Post

Interview: Segala-galanya tentang Lifeweaver, hero baru Overwatch 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Interview: Segala-galanya tentang Lifeweaver, hero baru Overwatch 2!

Interview: Segala-galanya tentang Lifeweaver, hero baru Overwatch 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd