Dengan bab-bab Side Story untuk Solo Leveling dilepaskan, kita telah melihat kehidupan Sung Jin-Woo sekarang yang nampaknya bahagia dengan Hae-In, malah dia juga sudah bekerja. Ingatkan siri itu akan menutup tirainya sehinggalah pengumuman terbaru dikeluarkan oleh penerbit manhwa tersebut. Nampaknya Solo Leveling akan ada spin-off!
Melalui Twitter Kakaopage, penerbit manhwa tersebut mengumumkan bahawa Solo Leveling akan mendapat manhwa spin-off terbaru! Bertajuk Solo Leveling: Ragnarok. siri ini akan fokus kepada anak lelaki Sung Jin Woo yang bernama Sung Su Ho.
Penceritaan Solo Leveling: Ragnarok ditulis oleh Chugong, penulis asal novel Solo Leveling, jadi pasti ramai yang teringin untuk lihat bagaimana Su Ho menggunakan kuasanya itu. Redice Studio akan menghasilkan manhwa itu nanti, jadi ia akan mempunyai gaya lukisan yang sama seperti yang anda semua lihat dalam side story.
Bab pertama spin-off ini dijangka hadir pada 10 April di Korea. Buat masa ini, tiada lagi sebarang pengumuman rasmi daripada penerbit bahasa Inggeris. Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi mengenainya pada masa akan datang.

Mengenai Solo Leveling, ia merupakan webnovel yang dihasilkan oleh Chugong pada 2016 dan tamat pada 2017. Ia kemudian mendapat adaptasi manhwa oleh DuBu yang akhirnya menaikkan populariti siri ini di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mendapat adaptasi anime oleh studio A1 Pictures dan akan ditayangkan pada 2024 nanti.

Sebagai tambahan, siri ini akan hadir dengan game mobile dan PC yang bertajuk “Solo Leveling: Arise”, yang akan dikeluarkan secara global pada tahun ini. Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap untuk pelancaran game tersebut.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post