Setelah pelbagai ujian dilakukan, akhirnya game simulasi Park Beyond akan menemui pemain secara rasmi tidak lama lagi. Diumumkan oleh Bandai Namco Entertainment Asia, Park Beyond akan lancar secara rasmi pada 16 Jun 2023 di PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Kalau anda ingin pra tempah game ini, ianya sudah tersedia malah pelbagai bonus khas yang anda boleh dapatkan. Antara bonus yang anda boleh dapatkan ialah PAC-MAN™ Impossification Set, flat ride eksklusif, kedai, penghibur dan item hiasan. Berikut adalah versi game yang anda boleh pra-tempah:
- Standard Edition
- Base game
- Deluxe Edition: VISIONEER Edition – Digital
- Base game
- ZOMBEYOND Impossification Set
- Park Beyond: Annual Pass – Season Pass termasuk 3 DLC akan datang
- Annual Pass Bonus Coaster Car Set dengan 5 skin kereta eksklusif

Kepada anda yang teringin untuk cuba membina taman tema impian, terdapat ujian beta tertutup yang akan diadakan di Steam. Ujian tersebut akan bermula pada 9 Mei sehingga 19 Mei 2023. Anda yang berminat boleh mendaftarkan diri melalui pautan ini.
Untuk pengetahuan anda, pemain ujian beta tertutup yang membeli game ini akan dapat membuka golden skin untuk omnicar, kenderaan yang digunakan untuk rollercoaster Park Beyond.

Tentang Park Beyond
Dibangunkan oleh Limbic Entertainment, Park Beyond merupakan game simulasi di mana anda boleh mereka taman tema impian tanpa risau mengenai graviti. Dengan kawalan yang mudah diakses serta mode penceritaan, ia membantu anda untuk mengenali cara pengurusan taman dan membina tarikan menarik dan modular coaster.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Park Beyond daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post