Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kabam umum RPG medieval ‘King Arthur: Legends Rise’ – boleh wishlist di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2023
in Artikel, Berita, Mobile, PC, Real time strategy, RPG, Steam
0 0
0
Kabam umum RPG medieval ‘King Arthur: Legends Rise’ – boleh wishlist di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Kabam telah mengumumkan King Arthur: Legends Rise, sebuah skuad RPG baharu dengan jalan cerita berlatarkan kisah sastera medieval ‘legenda Raja Britain’. Pertama kali didedahkan semasa pembentangan State of Unreal di ‘Game Developers Conference‘, game ini dikuasakan oleh Unreal Engine 5 dan bakal dikeluarkan di PC Steam dan mobile.

Menurut Kabam, pemain boleh:

Mulakan pengembaraan turn-based RPG penuh aksi yang membawa anda ke kisah gelap dan misteri diilhamkan oleh dongeng King Arthur muda. Ketika pemain meneroka dunia fiksyen ini, anda akan menemui pelbagai jenis Knight, Mage, Rogue dan banyak lagi. Setiap watak mempunyai latar belakang, kemahiran dan kebolehan unik sendiri yang terbukti amat berguna dalam pertempuran.

Kumpul, kuatkan dan lengkapkan rakan-rakan dengan senjata, relik dan peralatan yang kuat untuk membina pasukan terkuat demi mempertahankan kerajaan daripada pelbagai musuh epik dan makhluk mitos. Cuma hati-hati kerana setiap musuh akan bertambah lebih kuat dan mencabar pada pertarungan seterusnya.

“Kabam mempunyai sejarah yang kaya dan rekod prestasi yang terbukti dalam melancarkan permainan mudah alih yang menyeronokkan dan berkekalan – termasuk Marvel Contest of Champions, Disney Mirrorverse dan Shop Titans – tetapi ketika melihat ke masa hadapan; membolehkan pemain mengalami perkembangan dan permainan merentas platform adalah bahagian penting daripada apa yang ingin kami tawarkan.”

“King Arthur: Legends Rise mewakili permainan pertama untuk hala tuju baharu ini.”

kata SeungWon Lee, Ketua Pegawai Eksekutif di Kabam.

Selain itu, King Arthur: Legends Rise turut akan menyokong cross-play dan cross-progression antara platform mobile dan PC. Malangnya, tarikh keluaran tepat tentang game ini tidak dikongsi tetapi pemaju kata akan didedahkan pada tahun ini.

Berikut adalah rumusan ciri-ciri menarik:

  • Alami kisah yang gelap dan misteri di mana pemain melalui pengembaraan berbahaya King Arthur semasa muda.
  • Pemain dapat membina pasukan epik yang terdiri daripada Knight, Mage, Rogue dan watak ikonik lain daripada legenda.
  • Kumpul relik terbaik untuk pasukan dan melatih mereka untuk mengalahkan raksasa dalam pertempuran strategik.
  • Pemain ditugaskan untuk membina semula Camelot yang dahulu dilanda peperangan ke zaman kegemilangan.

Jika berminat, pemain boleh wishlist King Arthur: Legends Rise bermula hari ini di Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KabamKing Arthur: Legends RisePC
Previous Post

Two Point Campus School Spirits DLC (PC) Review — Belajar Menjadi Ghostbuster!

Next Post

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd