One Piece bab 1078 menandakan kepulangan siri selepas berehat selama dua minggu. Saga Egghead Island diteruskan dengan naratif semakin hampir ke klimaks. Dalam bab baharu One Piece, kita akhirnya tahu identiti si pengkhianat yang ingin membunuh semua orang, termasuk Dr Vegapunk sendiri tetapi apa yang berlaku? Inilah rumusan lengkap!
AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1078 DI BAWAH! BACA SPOILER 1077 DI SINI!
Marine akan tiba

Stussy memberitahu Sentomaru melalui panggilan bahawa Admiral Kizaru sedang dalam perjalanan ke pulau Egghead di mana pihak Marine berniat untuk memusnahkan pulau tersebut. Selepas menutup telefon, Sentomaru memberitahu penduduk pulau untuk melarikan diri dari pulau itu sebelum pihak Marine tiba.
Straw Hat vs Seraphim

Di bangunan C, Franky (yang badannya separuh batu) meminta S-Snake untuk membatalkan sumpahan batu ke atas dirinya, Lilith, dan Usopp. S-Snake buat tidak endah dan menoleh ke Pythagoras lalu memijaknya, yang mengakibatkan letupan besar.
Di tingkat berlainan, Chopper, Robin, dan Atlas sedang mencari Vegapunk. Atlas beritahu dia mungkin tahu di mana lokasi Stella (badan sebenar Vegapunk) dan semua orang mengikutinya. Di tingkat tiga, Nami cuba membantu Edison manakala Brook memutuskan untuk mencari Vegapunk, manakala Sanji meneruskan perlawanannya dengan S-Shark.

Di tingkat empat, Zoro, Luffy, Rob Lucci dan Kaku masih berlawan S-Bear dan S-Hawk, tetapi Luffy sedar S-Hawk telah meninggalkan bilik itu. Lucci menjelaskan bahawa S-Hawk ingin mengutamakan bunuh ahli yang lemah. Selepas mendengar hal itu, Zoro segera mengejar S-Hawk dan Luffy menyuruh Kaku pergi bersamanya kerana tahu rakannya akan sesat. Luffy dan Rob Lucci menyambung semula pertarungan dengan S-Bear.
Mengapa Marine boleh datang?

Sekitar tiga bulan lalu, seseorang individu misteri menghubungi Gorosei (Five Elders) dan memberitahu Dr. Vegapunk sedang mengkaji Void Century secara diam-diam. CP5 dihantar untuk menyiasat tetapi mereka tiba-tiba hilang. Kemudian, CP7 dan CP8 dihantar untuk menyiasat tetapi mereka juga hilang.
Kemudian, orang misteri itu menghubungi Gorosei sekali lagi, dan akhirnya mereka percaya Vegapunk telah mengkhianati World Government. CP0 dihantar untuk untuk membunuhnya, manakala salah seorang ahli Gorosei akan teman pergi ke pulau itu. Banyak askar diseru daripada pelbagai cawangan Marine untuk memulakan peperangan besar. Namun, kehadiran Straw Hat Pirate menyebabkan seluruh organisasi panik.
Identiti sebenar pengkhianat

Kembali ke masa nyata, orang yang menembak Shaka telah memasuki makmal bawah tanah yang mengurung Vegapunk dan ternyata identitinya adalah York (salah seorang badan Vegapunk). Dengan muka yang lebih jahat, dia memberitahu Stella bahawa dia mahu menjadi World Noble (Tenryubito). Vegapunk dengan marah bertanya “mengapa?” sedangkan York tahu betapa jahat dan zalim orang-orang itu tetapi dia tidak menjawab.
Sebelum bab tamat, York kata dia ‘keliru’ kerana ada begitu ramai Vegapunk, dan anggap dunia akan menjadi lebih bagus dengan hanya seorang sahaja, iaitu dirinya sendiri.
Maka, tamatlah rumusan padat saya untuk One Piece bab 1078. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post