Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harga Stranger of Paradise FF Origin turun secara kekal, diskaun lebih 30% – bakal keluar di Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Harga Stranger of Paradise FF Origin turun secara kekal, diskaun lebih 30% – bakal keluar di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix dan Team NINJA mengumumkan bahawa harga runcit Stranger of Paradise Final Fantasy Origin akan diturunkan secara kekal sebanyak 34% di semua platform utama. Pada masa yang sama, Stranger of Paradise FF Origin turut akan dilancarkan di Steam pada 6 April untuk meluaskan khalayak pemain PC.

Berikut adalah trailer rasmi bagi pengumuman:

Bagi mereka yang tidak tahu, Stranger of Paradise: Final Fantasy Origin ialah spinoff RPG dalam siri Final Fantasy yang dibangunkan oleh Team Ninja dan diterbitkan oleh Square Enix sempena ulang tahun ke-35 siri itu.

Sebagai prekuel dunia alternatif bagi game original Final Fantasy, jalan ceritanya mengisahkan beberapa watak yang dibawa ke dunia fantasi untuk menghadapi antagonis ‘Chaos’. Game ini asalnya dikeluarkan pada Mac 2022 untuk PS4, PS5, Epic Games (PC), Xbox One dan Xbox Series X/S.

Dalam game, kita akan bermain sebagai Jack yang ditemani oleh dua rakannya, Ash dan Jed, untuk meneroka persekitaran dan melawan raksasa ikonik daripada siri Final Fantasy. Pertempuran berlaku secara real-time, di mana Jack dapat bertukar antara dua ‘job’ (kelas) dan menggunakan campuran serangan fizikal dan sihir.

Supaya tiada yang salah faham, penurunan harga secara kekal diaplikasikan kepada semua edisi termasuk edisi Standard, edisi Digital Deluxe, edisi Premium dan Season Pass – jadi buat pemain yang berminat untuk cuba, ini adalah masa yang sesuai memandangkan harga Stranger of Paradise FF Origin semakin murah dan lebih mudah untuk diperoleh di PC Steam.


Untuk membaca segala liputan kami tentang Stranger of Paradise Final Fantasy Origin, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DiskaunPCsteamStranger of Paradise Final Fantasy Origin
Previous Post

Polis Evo 3 akan ditayangkan pada bulan Mei ini! Inspektor Khai kembali beraksi!

Next Post

Figment 2: Creed Valley (Steam) Review — Pulihkan Minda dan Baiki Hubungan Keluarga Yang Mula Goyang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Figment 2: Creed Valley (Steam) Review —  Pulihkan Minda dan Baiki Hubungan Keluarga Yang Mula Goyang!

Figment 2: Creed Valley (Steam) Review -- Pulihkan Minda dan Baiki Hubungan Keluarga Yang Mula Goyang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd