Game Hogwarts Legacy telah mempunyai ramai pemain sejak pelancarannya pada Februari yang lalu di PC, PS5 dan Xbox Series X|S. Tetapi malang sekali buat pemain PS4 dan Xbox One kerana game tersebut itu ditunda lagi pelancarannya di konsol tersebut. Melalui pengumuman rasmi daripada Twitter rasmi Hogwarts Legacy, keluaran game tersebut di PS4 dan Xbox One ditunda ke 5 Mei 2023.
Seperti yang tertulis pada tweet di atas, pasukan pembangun sedang bekerja keras untuk memberikan pengalaman yang terbaik di semua platform dan mereka memerlukan lebih masa untuk merealisasikannya.

Kalau anda ingin tahu, versi PS4 dan Xbox One game ini sepatutnya dilancarkan pada 4 April ini. Tetapi sekali lagi ia ditunda. Memandangkan Hogwarts Legacy sekarang ini masih lagi mempunyai masalah di platform sedia ada, mungkin pemain-pemain konsol PS4 dan Xbox One boleh bermainnya tanpa sebarang masalah besar.

Buat pemain Nintendo Switch, buat masa ini tiada pengumuman mengenai sebarang penundaan game. Jadi nantikan sahaja pelancarannya pada 25 Julai ini!
Walaupun game ini sering dihentam dengan kontroversi, tetapi penerimaannya sangat positif di seluruh dunia. Kami turut bermainnya di PS5 dan sangat berpuas hati dengan Hogwarts Legacy. Anda boleh membaca review kami melalui pautan ini.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Hogwarts Legacy daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post