Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia: Tokoyami & Shiketsu High vs All For One!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
My Hero Academia: Tokoyami & Shiketsu High vs All For One!

Sumber - Hexamendle

Share on FacebookShare on Twitter

Bab terbaharu My Hero Academia telah dikeluarkan secara rasmi beberapa hari lepas dan nampaknya banyak perkara menarik yang berlaku. Dalam bab sebelum, pelajar Shiketsu High telah menyertai pertempuran untuk melawan All For One dan untuk bab minggu ini, ternyata masing-masing pun tidak cukup untuk menghentikan antagonis hebat itu. Cuma siapa sangka bahawa Tokoyami akan menjadi “senjata rahsia” dalam pertarungan ini.

My Hero Academia, Ch. 381: Old rivals rush in and bring a wave of hope to the battlefield! Read it FREE from the official source! https://t.co/2EF3yVA1WH pic.twitter.com/2Urf9SNAV5

— Shonen Jump (@shonenjump) February 26, 2023

Inilah rumusan untuk My Hero Academia bab 381!

AMARAN! SPOILER UNTUK MY HERO ACADEMIA DI BAWAH!!

Shiketsu High sertai pertarungan

Akhirnya, pelajar Shiketsu High menyertai pertempuran di Gunga di mana Shishikura Seiji (Shishikross) menceritakan bagaimana All For One membunuh bapanya apabila melarikan diri dari Tartarus. Walaupun ingin membalas dendam, Seiji tahu mereka tidak boleh menyerah diri kepada kebencian dan sebaliknya, akan mengikut jejak langkah ayahnya untuk melindungi semua orang.

Disebabkan Deku dan Shigaraki Tomura telah meninggalkan medan pertempuran buatan U.A, jadi kumpulan hero kini mesti menghentikan segala huru-hara yang berlaku, dengan mengalahkan Himiko dan askar-askar Twice buatannya, serta memfokuskan semua serangan jarak jauh pada All For One.

Pada masa yang sama, Naomasa Tsukauchi menelefon Hawk untuk mengingatkan dia bahawa apa sahaja yang berlaku di Gunga akan menentukan nasib perang, jadi All For One tidak boleh dibenarkan pergi walau apa cara sekalipun.

All For One’s mula menjadi serius

All For One berfikir bagaimana dia hendak mencuri quirk memandangkan dia perlu menyentuh badan individu itu secara langsung. Sebelum ini, warga hero terpaksa menyerang AFO secara bergilir-gilir untuk mengelakkan risiko tetapi kini mereka menjadi terdesak dan sanggup mengabaikan risiko itu. AFO senyum ketawa ketika memikirkan rancangannya.

All For One melancarkan letupan laser besar untuk memusnahkan medan perang di bawah. Walaupun begitu, para hero tetap berdiri teguh dengan memastikan pertahanan mereka kuat sambil terus menyerang. Yoarashi Inasa (Gale Force) terus menyerang dengan kuasa Whirlwind, dan berkata yang dia akan sentiasa menyokong Endeavor dan Shoto, kerana percaya yang “semangat membara akan sentiasa mengatasi ketakutan.”

Ketika semua orang menyerang, All For One masih memikirkan cara untuk mencuri quirk, lalu melepaskan kuasa duri yang berjaya menghiris sebahagian daripada muka Inasa. Walaupun begitu, Inasa tidak rasa takut dan mengaku yang quirk-nya lebih kuat pada hari berangin.

Tokoyami jadi senjata rahsia

Tiba-tiba, sebuah “bayang gelap besar” muncul dari belakang AFO. Rupa-rupanya, Tokoyami muncul untuk membuat serangan hendap. Tokoyami kata; “walaupun kegelapan datang dalam pelbagai bayang, tetapi mereka sudah menelan kegelapan kotor yang dibawa oleh AFO”, lalu mendedahkan Dark Shadow yang kini sebesar raksasa gergasi.

Dengan bantuan awan gelap yang menghalang cahaya matahari, api yang dipadam oleh ribut hujan, dan Pixie-Bob yang bantu menyorok kuasa kegelapan di timbunan tanah, Tokoyami berjaya membuatkan Dark Shadow mencapai kuasa penuh “Total Release”.

Dia memberitahu semula apa yang All Might kata; “All For One tidak boleh mencuri quirk milik Endeavor hanya dengan menyentuh apinya” – jadi itulah sebabnya dia ditugaskan untuk menjadi senjata rahsia. Dengan quirk Dark Shadow didorong oleh quirk Whirlwind, bersama ia bergabung menjadi Black Abyss: Light of Baldur, di mana Tokoyami menumbuk All For One hingga hancur tanah di bawah.


Nampaknya My Hero Academia pun semakin hampir dengan penamatnya. Agaknya, apa yang akan berlaku di bab seterusnya? Jom kita bincangkan di ruang komen.

Untuk membaca segala liputan kami tentang My Hero Academia, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: All For OnemangaMy Hero AcademiaTokoyami
Previous Post

THQ Nordic buka kedai flagship pertama di Vienna, Austria – Cenderamata eksklusif pun ada!

Next Post

Demon Slayer: Kenali Twelve Kizuki, Demon Terhebat Ciptaan Muzan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Demon Slayer: Kenali Twelve Kizuki, Demon Terhebat Ciptaan Muzan!

Demon Slayer: Kenali Twelve Kizuki, Demon Terhebat Ciptaan Muzan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd