Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spider-Man dikesan di Lot 10, Bukit Bintang – Mari hadir ke pameran “Live from PS5”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2023 - Updated on March 8, 2023
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
Spider-Man dikesan di Lot 10, Bukit Bintang – Mari hadir ke pameran “Live from PS5”!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (“SIES”) secara rasmi mendedahkan “Marvel’s Spider-Man 2 installation” hari ini di Lot 10, Bukit Bintang sebagai sebahagian daripada kempen global “Live from PS5“.

Seperti yang anda dapat melihat, “installation” ini berinspirasikan Marvel’s Spider-Man 2, game akan datang oleh Insomniac Games. Walaupun tiada Spider-Man, sebuah kereta Volkswagen Corrado nampaknya tersadai di hadapan Lot 10 dan diliputi dalam sawang labah-labah. Di belakang, kita boleh melihat banner yang besar dan paparan LED yang mempromosikan game Spider-Man 2 dan konsol PS5.

Dengan kemasukan percuma bagi orang awam dari 1 hingga 14 Mac 2023 (10 pagi hingga 10 malam), jangan terlepas pameran terhad ini kerana para pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dan memenangi barangan premium pada hujung minggu serta memberi peluang kepada peserta untuk mencuba PS5.

Pertama sekali, 100 pelawat pertama pada hujung minggu untuk mengambil gambar di pameran dan memuat naik gambar itu pada akaun media sosial bersama tag @PlayStationAsia dan #LivefromPS5MY akan berpeluang untuk mendapatkan barangan (merchandise) eksklusif PlayStation. Dengan berbuat perkara yang sama, anda juga dapat bertanding secara automatik untuk memenangi kemeja-T PlayStation UT UNIQLO!

Belum ada PS5 lagi? Jangan risau kerana beberapa “hands-on booths” juga tersedia di dalam Lot 10 dan UNIQLO Fahrenheit sepanjang dua hujung minggu untuk pengunjung mencuba! Mana lah tahu anda berminat sampai membeli PS5 terus!

Bagi mereka yang tidak dapat pergi ke pameran di Lot 10, anda boleh melawati Sony Store, Lalaport di mana set PlayStation VR2 disediakan untuk pengunjung mencuba.

Jom ramai-ramai meriahkan kempen “Live from PS5”! Memandangkan konsol PS5 kini lebih mudah untuk diperoleh, inilah masanya untuk anda upgrade ke pengalaman gaming serba baharu.

Maklumat acara:

  • Tarikh: 1 – 14 Mac 2023
  • Masa: 10am – 10pm
  • Lokasi: Lot 10, 50, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan acara eksklusif PlayStation, sila lawat halaman Facebook rasmi PlayStation Asia.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Tags: Live from PS5ps5Spider-Man
Previous Post

Overwatch 2 – Kiriko tampil dengan skin kolaborasi bersama One Punch Man!

Next Post

Nintendo Umumkan Bundle Switch Terbaru Mario Sempena MAR10 Day!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Nintendo Umumkan Bundle Switch Terbaru Mario Sempena MAR10 Day!

Nintendo Umumkan Bundle Switch Terbaru Mario Sempena MAR10 Day!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd