Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Street Fighter 6 tambah Zangief, Lily dan Cammy – melengkapkan roster 18 watak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Street Fighter 6 tambah Zangief, Lily dan Cammy – melengkapkan roster 18 watak!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara State of Play hari ini, Capcom telah mengumumkan bahawa Zangief, Lily dan Cammy akan ditambah sebagai ‘playable character’ untuk Street Fighter 6, yang bakal dikeluarkan pada 2 Jun 2023 nanti.

Bersama tiga watak ini, maka lengkaplah senarai penuh 18 watak di dalam Street Fighter 6 pada hari pelancaran yang merangkumi:

  • 8 watak daripada Street Fighter World Warriors
    • Ryu
    • Ken
    • Chun-Li
    • Guile
    • Zangief
    • E. Honda
    • Blanka
    • Dhalsim
  • 4 watak fan favorite
    • Cammy
    • Juri
    • Dee Jay
    • Luke
  • 6 watak baharu
    • Lily
    • Jamie
    • Kimberly
    • Manon
    • Marisa
    • JP

Berikut adalah info tambahan oleh Capcom tentang penambahan tiga watak di atas:

Zangief – Sebagai watak original Street Fighter World Warriors, Zangief mengekalkan serangan ‘throw’ ikoniknya seperti ‘Screw Piledriver’ dan ‘Siberian Express’ sambil menambah beberapa serangan baharu seperti ‘counter throw Tundra Storm’. Dengan ‘Level 2 Super Art Cyclone Lariat’ dan ‘Level 3 Super Art Bolshoi Storm Buster’, pasti ramai peminat lama ingin mencuba kombo baharunya.

Lily – Merupakan tambahan baharu, Lily berasal daripada puak Thunderfoot. Kecil tetapi handal, Lily menggunakan ‘Condor Dive’, ‘Condor Spire’ dan ‘Tomahawk Buster’ untuk mengalahkan musuh. Dengan meningkatkan stok Windclad, setiap serangan akan bertambah kuat. Selain itu, Lily menggunakan senjata apabila mengaktifkan ‘Level 1 Super Art Breezing Hawk’ dan menghempas musuh ke tanah dengan ‘Level 3 Super Art Raging Typhoon’.

Cammy – Mula-mula muncul dalam Super Street Fighter II, Cammy kembali ke ansuran ke 6 dengan senjata berkuasa tinggi termasuk ‘Spiral Arrow’, ‘Cannon Spike’ dan ‘Hooligan Combination’. Versi Heavy bagi setiap tiga serangan tersebut telah ditingkatkan untuk membolehkan ‘delay’ yang mengakibatkan damage besar pada musuh. Untuk kombo efektif, jangan lupa untuk mahir Super Art-nya seperti ‘Killer Bee Spin’ dan ‘Delta Red Assault’.


Street Fighter 6 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 2 Jun.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Street Fighter, sila tekan pautan ini.

Tags: CammyLilyStreet Fighter 6Zangief
Previous Post

Resident Evil 4 Remake umum ‘Free Demo’ & mode DLC ‘The Mercenaries’ – gameplay baru!

Next Post

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan tiba tahun ini – game Naruto paling lengkap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan tiba tahun ini – game Naruto paling lengkap!

Naruto x Boruto: Ultimate Ninja Storm CONNECTIONS akan tiba tahun ini - game Naruto paling lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd