Selepas mengeluarkan bab yang terbaru pada hujung bulan Disember yang lepas, nampaknya manga Hunter X Hunter akan kembali hiatus atau mungkin dibatalkan buat selama-lamanya tanpa pengakhiran yang terbaik.
Terdapat juga berita terbaru yang menyatakan bahawa Weekly Shonen Jump telah mengeluarkan manga Hunter X Hunter daripada “Serialized Work” kepada “Archived Serializations” sekali gus membuatkan ramai peminat mengamuk di internet.
Bab terbaru yang dikeluarkan untuk manga Hunter X Hunter adalah pada hujung bulan Disember 2022 dan mereka juga telah mengumumkan hiatus selepas mengeluarkan bab 400. Nampaknya hiatus selepas bab 400 akan berterusan buat selama-lamanya dan ramai peminat yang telah beranggapan bahawa manga ini tiada harapan untuk hidup kembali buat masa sekarang.
Menurut apa yang diumumkan pada tahun lepas, Weekly Shonen Jump bersama Togashi-sensei telah membuat keputusan untuk menerbitkan manga Hunter X Hunter dalah format yang lain selain siri mingguan. Mereka juga mengatakan yang Togashi-Sensei akan terus menulis manga ini dan editor dari Weekly Shonen Jump akan terus menyokongnya sehingga manga ini tamat.
Buat masa sekarang, mereka masih tidak mengumumkan apa-apa mengenai apa yang akan berlaku selepas ini dan format apa yang digunakan untuk mengeluarkan manga tersebut. Apa yang kami pasti, manga Hunter X Hunter tidak akan dikeluarkan secara mingguan lagi selepas ini.

Dengan kesihatan Togashi-sensei yang tidak diketahui, mungkin manga Hunter X Hunter akan terus hiatus buat selama-lamanya. Apapun, kami mendoakan yang terbaik untuk Togashi-sensei agar kesihatannya semakin pulih dan kembali seperti sedia kala.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.









Discussion about this post