Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Combat Demo” Like A Dragon Ishin! kini tersedia di PS5, Xbox Series & PC!

safwan by safwan
February 17, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Demo, Fighting, PC, PS4, PS5, Single Player, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
“Combat Demo” Like A Dragon Ishin! kini tersedia di PS5, Xbox Series & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Like A Dragon Ishin! merupakan sebuah game spin-off daripada francais Yakuza dengan menampilkan seorang samurai legenda Sakamoto Ryoma dan bakal dilancarkan pada 21 Februari 2023. Bersempena dengan pelancaran tersebut, Ryu Ga Gotoku Studio bersama SEGA telah melancarkan “Combat Demo” Like A Dragon: Ishin! secara percuma di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Kyo pada era 1860-an (versi fiksyen Kyoto) dibelenggu oleh pemerintahan yang tidak adil, maka seorang samurai akan mengubah sejarah dalam misi untuk mencari keadilan.

Angkat pedang Sakamoto Ryoma dan pergi ke Kyoto untuk mencari pembunuh bapa anda, bersihkan nama anda daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang lain, dan pulihkan maruah anda. Dengan berbuat demikian, anda akan menamatkan era samurai dan mengubah masa depan Jepun selama-lamanya.

Keluarkan pedang, isikan senapang anda dan sertai revolusi dalam pengembaraan bersejarah hebat ini yang hanya boleh dihasilkan oleh pencipta Yakuza: Like a Dragon.

Berkenaan “Combat Demo”, Ishin mempunyai 4 gaya pertempuran aka “Killer Style”. Pertama, anda boleh membunuh musuh dengan katana maut menggunakan Swordsman style atau menembak dari juah dengan revolver menggunakan Gunman style. Seterusnya, anda boleh gunakan senapang dan pedang dengan Wild Dancer style. Jika tidak, korang boleh berdepan menggunakan Brawler style.

Bukan itu sahaja, RGG Studio juga masukkan Heat Action (sejenis finisher) yang menjadi sangat ikonik dalam game Yakuza. Untuk Ishin, kita boleh menyeru harimau untuk menyerang musuh, memaksa jeruk ke dalam mulut musuh, gunakan meriam untuk meletupkan musuh, dan lain-lain.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Like A Dragon: Ishin! akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Kepada yang berminat untuk mendapatkan game ini, anda boleh mencuba terlebih dahulu “Combat Demo” Like A Dragon: Ishin! di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Combat DemoLike a Dragon: Ishin!
Previous Post

Tetris bakal tiba di Apple TV+ pada 31 Mac 2023 – Watak utama dilakonkan oleh pelakon Kingsman!

Next Post

JRPG ‘Tales of Symphonia Remastered’ kini tersedia di Nintendo Switch, PS4 & Xbox One!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
JRPG ‘Tales of Symphonia Remastered’ kini tersedia di Nintendo Switch, PS4 & Xbox One!

JRPG 'Tales of Symphonia Remastered' kini tersedia di Nintendo Switch, PS4 & Xbox One!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd