Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Square Enix Bakal Terbitkan Dying Light 2, Akan Berada di E3 2019

Alright!

Jade Ice by Jade Ice
June 2, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Square Enix Bakal Terbitkan Dying Light 2, Akan Berada di E3 2019
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika mula berada di pasaran pada 2015, Dying Light telah mendapat tempat di hati gamers kerana ianya sebuah game zombie survival yang sangat menyeronokkan dengan mekanisma yang sangat lancar.

Terkini, pembangun Dying Light 2 Techland telah mengesahkan bahawa game ini bakal membuat penampilan di E3 tahun ini, lalu menjadikannya antara game yang sangat dinantikan di E3 2019. Nampaknya Square Enix telah bergandingan dengan Techland untuk mengedarkan game ini untuk Amerika Syarikat, dan sekaligus akan mempamerkannya ketika panel E3 tahun ini – menambahkan lagi kehangatan panel Square Enix nanti.

Ini telahpun disahkan menerusi Twitter rasmi Square Enix:

We’re excited to partner with the talented folks at @TechlandGames to deliver the highly anticipated #DyingLight2 to the Americas! More to be revealed during our Square Enix E3 Live 2019 event! https://t.co/PoQw4wVGyB #SquareEnixE3 pic.twitter.com/bk2IdtH5Ia

— Square Enix (@SquareEnix) May 30, 2019

Pengumuman ini mengesahkan bahawa Dying Light 2 akan membuat kemunculan disamping game yang amat dinantikan yang lain. Di harapkan kita bakal mengetahui tarikh terbitannya nanti.

Pihak Techland pula telah mencurahkan banyak masa dan usaha untuk memberikan satu pengalaman yang berkualiti tinggi dalam memastikan sambungan yang berbaloi kepada Dying Light, dan bahagian 2 ini dikatakan bakal memiliki lebih kandungan daripada game yang asal.

Menurut produser game ini Kornel Jaskula, Dying Light 2 bakal menampilkan banyak permainan semula menerusi cerita dan pemilihan dalam permainan yang akan memastikan pemain sentiasa terikat dengan game tersebut. Matlamat utama mereka adalah untuk membuatkan pemain sentiasa merasakan mahu memainkan game ini menerusi permainan semula yang banyak.

Dan sudah tentu dipadankan pula dengan Final Fantasy 7 remake, Square Enix kelihatan seperti mahu memberikan impak yang besar dalam E3 tahun ini. Walaupun banyak yang sedang memerhatikan game Avengers mereka, apa yang di bawa secara keseluruhan dari Square Enix sudah tentu mampu memuaskan gamers dari pelbagai genre. Akhir kata, diharapkan acara E3 ini mampu memberi maklumat yang paling penting kepada kita semua, iaitu tarikh pelancarannya.

Dying Light 2 buat masa ini masih dalam pembangunan untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: gamerant

Tags: dying light 2E3 2019square enixtechland
Previous Post

Xbox Bakal Menampilkan Lebih Banyak Game First-Party Di E3 2019

Next Post

Bos Liga Overwatch Berpindah ke Fortnite

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Bos Liga Overwatch Berpindah ke Fortnite

Bos Liga Overwatch Berpindah ke Fortnite

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd