Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Ichinose Family’s Deadly Sins — Penceritaan Unik Penuh Misteri!

Maira by Maira
February 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Tinjauan & analisis
0 0
0
The Ichinose Family’s Deadly Sins — Penceritaan Unik Penuh Misteri!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam MangaPlus ada macam-macam jenis genre manga yang tersedia untuk anda layan secara percuma. Watak-watak yang dihasilkan juga mempunyai pelbagai kerenah. Tetapi ada satu manga yang telah mendapat perhatian sejak tahun lepas. Manga yang kami maksudkan ialah “The Ichinose Family’s Deadly Sins” yang dihasilkan oleh Taizan 5. Kalau anda ingin tahu, pelukis manga itu juga popular dengan siri “Takopi’s Original Sin” yang turut diterbitkan pada 2022.

Plot The Ichinose Family’s Deadly Sins

Penceritaan The Ichinose Family’s Deadly Sins berpusat kepada sebuah keluarga yang telah hilang ingatan selepas kemalangan kereta.

Cerita bermula dengan Tsubasa yang telah bangun di sebuah hospital, dikelilingi oleh beberapa orang yang mendakwa bahawa mereka ialah keluarganya. Masalahnya sekarang, semuanya telah hilang ingatan. Pelbagai perkara yang mereka lakukan untuk mendapatkan memori mereka semula sepanjang menerima rawatan di hospital tetapi tidak berjaya. Setelah mereka sembuh sepenuhnya, keluarga Ichinose ini akhirnya pulang ke rumah mereka.

Sumber: Mangaplus

Alangkah terkejutnya apabila keadaan rumah mereka bukanlah seperti yang dijangka. Tsubasa yang masuk ke dalam biliknya turut terkejut melihat dinding bilik tersebut penuh dengan perkataan “mati” serta melihat gambar keluarga mereka yang telah diconteng.

Nampaknya keluarga ini mempunyai rahsia gelap tersendiri sebelum mereka semua hilang memori.

Sumber: Mangaplus

Siri ini masih baru lagi, jadi agak mudah untuk anda ikuti setiap minggu. Cara misteri keluarga ini dipersembahkan mampu membuatkan pembaca sendiri menjadi detektif. Walaupun baru 12 bab yang tersedia, pelbagai persoalan telah berlegar dalam kepala pembaca.

Lebih banyak anda tumpukan perhatian kepada watak, lebih banyak perkara yang anda akan pelajari mengenai mereka.

Takopi’s Original Sin

Taizan 5 juga nampaknya membawa elemen daripada Takopi’s Original Sin. Kalau anda pernah membaca manga tersebut, anda pasti mengetahui tentang kes buli dalam siri tersebut. Tetapi dalam manga Ichinose Family ini, impak buli itu dikurangkan sedikit tetapi ditambah pula dengan plot twist yang baru.

Jika dilihat pada tajuk, setiap ahli keluarga Ichinose mewakili dosa tersendiri yang berpandukan “Seven Deadly Sins”. Walaupun keluarga ini mempunyai enam orang ahli pada awal manga, tetapi ada satu kerusi kosong tersedia di meja makan mereka. Seolah-olah seorang lagi ahli keluarga mereka telah hilang.

Masih banyak lagi perkara untuk dibongkarkan mengenai keluarga ini. Kami juga tidak sabar untuk mengikuti lebih lanjut penceritaannya.

Sumber: Mangaplus

Kalau anda jenis yang suka membaca manga misteri, kami syorkan anda untuk beri peluang kepada manga The Ichinose Family’s Deadly Sins. Anda boleh membacanya secara percuma melalui aplikasi dan laman web MangaPlus. Untuk membaca liputan lain mengenai manga daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: MangaplusThe Ichinose's Family Deadly Sins
Previous Post

Jadi Yuji dalam kolab Jujutsu Kaisen x Mobile Legends: Bang Bang – bakal keluar 18 Februari!

Next Post

Like a Dragon: Ishin! – Cara-cara kuatkan protagonis melalui mini-game dan misi sampingan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Like a Dragon: Ishin! – Cara-cara kuatkan protagonis melalui mini-game dan misi sampingan!

Like a Dragon: Ishin! - Cara-cara kuatkan protagonis melalui mini-game dan misi sampingan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd