Selepas mengambil alih DC Studio, James Gunn dan Peter Safran kini bersedia untuk mengumumkan 10 projek DCU baharu di bawah satu nama iaitu “Chapter 1: Gods and Monster.” Kesemua projek yang diumumkan akan berkait rapat dengan satu sama lain termasuk filem, siri, animasi dan juga game.
Ini bermaksud semua filem, siri, animasi dan juga game berada dalam satu timeline yang sama di mana mereka akan set semula DCU melalui filem Flash yang bakal ditayangkan pada bulan Jun nanti. Filem lain seperti Shazam! Fury of the God akan memulakan DCU yang baharu dan akan bersambung kepada The Flash, Blue Beetle dan berakhir pada Aquaman and the Lost Kingdom untuk tahun ini.
Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat apa yang James Gunn umumkan tentang projek DCU pagi tadi.
Filem
Superman: Legacy

Ditulis oleh James Gunn sendiri dan bakal tiba di pawagam pada 11 Julai 2023. Seperti apa yang mereka kata sebelum ini, filem kali ini adalah mengisahkan kehidupan awal Superman dan Henry Cavill tidak akan berlakon sebagai Superman di dalam filem ini.
Ia memberi tumpuan kepada Superman mengimbangi warisan Kryptoniannya dengan didikan manusianya. Dia adalah penjelmaan kebenaran, keadilan dan cara Amerika. Dia adalah kebaikan dalam dunia yang menganggap kebaikan sebagai cara lama.
Menurut Peter Safran
The Authority

Projek The Authority akan menampilkan watak superhero daripada komik WildStorm yang telah ditulis dan direka oleh Jim Lee pada tahun 1992. The Authority adalah pasukan superhero yang memikirkan dunia sedang musnah dan cuba menyelamatkannya dengan pelbagai cara sekalipun. Mereka akan berinteraksi bersama superhero utama yang ada dalam DCU nanti.
The Brave and the Bold

Filem ini bakal memfokuskan kepada keluarga Batman di mana mereka akan mengetengahkan anak kandung Bruce Wayne iaitu Damian Wayne sebagai Robin. Filem ini diilhamkan daripada komik Grant Morrison.
Supergirl: Woman of Tomorrow

Bakal ditayangkan selepas 2 tahun Superman: Legacy, ia akan memfokuskan kepada Kara Zor-El, sepupu kepada Kal-El atau Superman. Sementara Kal dihantar ke bumi dan hidup bahagia bersama keluarga yang penyayang, Kara masih berada di angkasa bersama serpihan Krypton yang musnah sambil melihat ramai orang mati dan dunianya yang musnah.
Diilhamkan daripada komik Tom King, filem ini akan menampilkan cara melahirkan superhero yang sangat berbeza.
Swamp Thing

Filem terakhir yang berada dalam Chapter 1: Gods and Monster adalah Swamp Things. Filem ini akan menampilkan watak horror yang paling ikonik dalam DC dan akan meneroka sisi gelap tersebut.
Siri TV (Live Action & Animasi)
Creature Commandos

Siri pertama yang James Gunn umumkan adalah Creature Commandos. Ia adalah merupakan siri animasi yang berdasarkan komik dengan nama sama dan akan mempunyai sehingga 7 episod. Kesemua skrip untuk ketujuh-tujuh episod telah pun selesai ditulis oleh James Gunn dan sedang dalam pembikinan.
James Gunn juga mengatakan yang pelakon suara untuk siri ini juga akan memainkan watak yang sama dalam live action nanti.
Waller

Siri ini akan dibintangi oleh Viola Davis sebagai Amanda Waller. Siri ini mempunyai kesinambungan daripada siri Peacemaker dan beberapa watak lain dalam siri DC. Walaupun filem The Flash akan set semula timeline DCU, Peacemaker dan Suicide Squad masih berada dalam DCU yang sama.
Lanterns

Dengan menampilkan dua watak Green Lantern yang popular iaitu Hal Jordan dan John Stewart, siri ini akan memfokuskan jalan penceritaan tentang penyiasatan dan detektif.
Booster Gold

Menampilkan seorang hero yang tidak popular mengembara ke masa lampau dan cuba untuk menjadi superhero dengan menggunakan teknologi canggih dari masa hadapan sebagai kuasanya. Di dalam komik, Booster Gold sering bekerjasama dengan Blue Beetle dan mungkin kita akan lihat perkara ini tidak lama lagi.
Paradise Lost

Siri yang terakhir adalah Paradise Lost di mana ia menceritakan tentang politik yang berlatarkan Themyscira, tempat lahirnya Wonder Woman. Namun, siri ini mengambil masa beberapa tahun sebelum kelahiran Diana dan akan berfungsi sebagai kisah original Themyscira sendiri serta mendedahkan bagaimana Amazon mencipta masyarakat semua wanita yang tersembunyi dari seluruh dunia.
Banyak juga yang James Gunn umum pagi tadi tentang projek DCU. Dalam banyak-banyak filem dan siri yang diumumkan, mana satu yang anda nantikan untuk menontonya? Mesti and pun tidak sabar kan. Harapnya reboot kali ini menjadi dan memperoleh reaksi positif daripada para peminat.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai filem, siri, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post