Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Steam jual game harga RM4 ribu- boleh refund kalau habiskan dalam 2 jam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 25, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC, Steam
0 0
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang korang semua tahu, harga game kini semakin mahal hari ini tetapi itu semua tidak setanding apabila seorang pemaju indie memecahkan rekod Steam dengan menjual game buatannya sendiri pada harga RM4 ribu di Steam.

Secara lebih khusus lagi, game tersebut bernama “The Hidden and Unknown” dan buat masa ini, ia dijual di Steam pada nilai harga RM4,450.00. Dicipta oleh seorang pemaju indie bernama ProX, The Hidden and Unknown digambarkan sebagai “story game” yang kuat menggunakan ciri-ciri psikologi dan falsafah.

Saya tidak tahu secara pasti bagaimanakah gameplay sebenar tetapi kemungkinan besar ini adalah game ala visual novel di mana pilihan pemain akan menentukan kesimpulan akhir. Berikut adalah sedikit sinopsis daripada halaman game:

Butiran cerita tidak begitu penting, pengajaran yang kita belajar daripadanya adalah yang harus kita ingat.

Setiap orang mempunyai cerita yang boleh mengajar mereka sesuatu, jadi jangan abaikan realiti yang anda hadapi dan cuba fikirkan.

Pada masa yang sama, TheGamer menghubungi ProX untuk bertanya “mengapa mereka membuat keputusan untuk meletakkan harga game hingga RM4 ribu.” ProX hanya menjawab mereka rasa “itu tindakan yang betul”, dan itu adalah “hak” mereka untuk berbuat demikian.

Walaupun nampak kejam, ProX menegaskan bahawa mana-mana pemain boleh menyelesaikan The Hidden and Unknown dalam masa dua jam kerana reka bentuknya yang “simple”, jadi pembeli sepatutnya boleh meminta refund tanpa banyak masalah. Selepas menamatkan game ini cepat-cepat, seeloknya anda serta merta meminta refund daripada pihak Steam di mana duit pemain akan diberi semula ke Steam Wallet.

Menjual game pada harga RM4 ribu mungkin dengar seperti agak mengarut dan rasanya tiada siapa yang akan beli tetapi ini pasti menarik buat mana-mana streamer yang teringin untuk membuat “content”.

Apa pendapat anda? Korang sanggup ke untuk beli game yang nilainya beribu-ribu Ringgit Malaysia? Jom kongsi pendapat di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gameindiesteam
Previous Post

My Hero Academia: Kembali Bersama Kejutan, Lady Nagant Kini Bersama Pro Hero! [SPOILER]

Next Post

One Piece – Bonney tukar Vegapunk jadi budak, Stussy rupanya klon ahli Rocks Pirate?! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece – Bonney tukar Vegapunk jadi budak, Stussy rupanya klon ahli Rocks Pirate?! [SPOILER]

One Piece - Bonney tukar Vegapunk jadi budak, Stussy rupanya klon ahli Rocks Pirate?! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd