Berita buruk buat pengguna Xbox hari ini kerana Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot versi Xbox Series X|S (digital) terpaksa ditunda disebabkan oleh isu teknikal. Pada masa yang sama, DLC baharu “-BARDOCK- Alone Against Fate” dan “Season Pass 2” versi Xbox One juga terpaksa ditangguhkan oleh kerana isu ini.
Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Bandai Namco:
Akibat daripada tingkah laku yang tidak diingini, pelanggan yang mempunyai DRAGON BALL Z: KAKAROT versi Xbox One pada konsol Xbox Series X|S mengalami isu di mana DRAGON BALL Z: KAKAROT versi Xbox Series X|S dimuat turun secara automatik, dan permainan tidak boleh maju.
Isu ini hanya berlaku untuk pelanggan yang bermain DRAGON BALL Z: KAKAROT versi Xbox One pada konsol Xbox Series X|S dan tidak berlaku untuk mereka yang bermain permainan menggunakan konsol Xbox One. Kami juga telah mengesahkan bahawa save data yang dibuat pada KAKAROT versi Xbox One tidak akan terjejas atau dipadamkan.
Kami sedang menyiasat punca terperinci tentang isu dan kemungkinan langkah balas, tetapi sehingga kami membuat pengesahan lanjut mengenai perkara ini, kami meminta pelanggan untuk menahan diri daripada bermain permainan sehingga masalah itu diselesaikan. Pengumuman akan dibuat sebaik sahaja keadaan disahkan.
Maka, itulah pesanan daripada Bandai Namco.
Buat pemilik PlayStation 5 dan PlayStation 4, game ini masih boleh dimainkan dengan lancar. DLC baharu “-BARDOCK- Alone Against Fate” dan “Season Pass 2”, untuk PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC (STEAM) juga boleh dimainkan dengan lancar dan tersedia sejak 13 Januari 2023.
Moga-moga, Bandai Namco dapat betulkan isu ini secepat mungkin untuk pengguna Xbox.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball Z: Kakarot termasuk review, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post