Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alice In Borderland: Perbezaan Antara Manga Dan Siri Live Action!

Maira by Maira
January 11, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Alice In Borderland: Perbezaan Antara Manga Dan Siri Live Action!
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir sebulan Netflix melepaskan siri live action Alice in Borderland musim kedua. Kami pasti ramai antara anda sudah menontonnya. Kepada anda yang membaca siri manga, mesti menjumpai beberapa perbezaan daripada siri live action tersebut.

Perbezaan tersebut tidaklah begitu berbeza pada plotnya, tetapi ia memberikan sesuatu yang baharu kepada peminat Alice in Borderland. Jom kami tunjukkan kepada anda beberapa perbezaan yang terdapat dalam siri live action Alice in Borderland dan manga.

Umur dan rupa watak

Dalam siri manga, Arisu dan Chota lebih muda daripada siri. Mereka berdua kelihatan seperti pelajar di sekolah menengah. Berbeza dalam siri live action, mereka kelihatan lebih dewasa, dengan Chota yang sudah bekerja.

Alice in Borderland

Satu lagi perbezaan yang ketara pada Chota ialah dia kelihatan seperti samseng sekolah dengan rambut yang lebih panjang. Jika dalam siri, dia nampak seperti seorang dewasa yang lebih bertanggungjawab.

Isekai ke Borderland

Cara Arisu dan rakannya tiba ke Borderland dalam manga lebih mudah. Mereka semuanya bersuka ria di bar Karube dan mabuk sehingga melihat bunga api dimainkan. Tahu-tahu mereka berada di bandar kosong tersebut.

Kalau dalam siri Netflix, mereka semua membuat huru-hara di Shibuya Scramble Crossing mengakibatkan kemalangan kepada pemandu lain. Lalu melarikan diri ke tandas awam di stesen tren. Keluar sahaja mereka daripada tandas tersebut, mereka dapati bahawa bandar Shibuya tiada orang langsung.

Alice in Borderland

Epilog yang sama tetapi sedikit berbeza

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER ALICE IN BORDERLAND 2!!!

Adaptasi live action Alice in Borderland telah memberikan penamat yang baik yang sama dengan siri manga. Cuma ia seperti memberikan petunjuk bahawa adaptasi tersebut mungkin bersambung. Tetapi siri manga telah tamat dengan Arisu dan yang lain bangun di Hospital. Selepas itu, ada epilog pendek yang menunjukkan kehidupan Arisu, dua tahun selepas kejadian game maut itu.

Alice in Borderland

Jadi kalau siri live action Alice in Borderland mendapat musim terbaru, sudah tentu ia memberikan penceritaan yang serba baharu kerana tiada lagi sumber daripada manga untuk diadaptasi.

Kewujudan kad Joker

Klik di sini untuk baca penuh. AMARAN! ADA SPOILER ALICE IN BORDERLAND 2!!!

Kad Joker merupakan kad terakhir untuk diselesaikan dalam manga. Ia bukanlah seperti kad-kad lain. Kalau anda ingin tahu, kad inilah yang melihat segala benda yang berlaku di Borderland. “Joker” dan Arisu sempat bertemu sekejap sebelum dia bangun di hospital.

Alice in Borderland

Malangnya adegan kad Joker ini tidak diadaptasi dalam siri live action. Tetapi ditunjukkan pada penghujung episod sebelum ia tamat. Ia seperti membawa berita buruk kepada watak-watak yang baru sahaja sedar di dunia sebenar mereka.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua hari ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan info menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi.

Tags: Alice in Borderlandlive actionmanganetflix
Previous Post

SD Shin Kamen Rider Ranbu akan tersedia untuk Switch & PC pada 23 Mac 2023!

Next Post

Ikuti pengembaraan Isaac Clarke dalam trailer baru Dead Space!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Ikuti pengembaraan Isaac Clarke dalam trailer baru Dead Space!

Ikuti pengembaraan Isaac Clarke dalam trailer baru Dead Space!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd