Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot tambah “23rd Tenkaichi Budokai” arc sebagai DLC seterusnya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2023
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, DLC, Manga, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot tambah “23rd Tenkaichi Budokai” arc sebagai DLC seterusnya!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment telah mengeluarkan ‘launch trailer rasmi’ untuk Bardock: Alone Against Fate, DLC keempat bagi game Dragon Ball Z: Kakarot, dan secara terang-terangan mengesahkan khabar angin tentang DLC seterusnya yang bakal mengadaptasikan kisah ’23rd Tenkaichi Budokai Arc’.

DLC Bardock akan dilancarkan bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PS5 dan Xbox Series X pada 12 Januari dan merupakan DLC pertama daripada tiga koleksi DLC baharu dalam Season Pass 2. Baru-baru ini, beberapa khabar angin muncul dalam internet yang mendakwa DLC 5 akan mengadaptasikan “23rd Tenkaichi Budokai arc” atau lebih dikenali sebagai Piccolo Jr. Saga.

Ternyata, khabar angin itu betul.

Seperti yang anda dapat lihat dalam video di atas, trailer DBZ: Kakarot banyak memfokuskan pada DLC 4, tetapi di hujung-hujung video, sebuah siluet akan muncul yang menunjukkan seorang watak misteri memegang payung ditemani oleh teks “Coming Soon”, yang mencadangkan ini adalah isi DLC seterusnya.

Di mata orang biasa, mungkin anda tidak faham tetapi peminat tegar Dragon Ball serta merta akan tahu bahawa ini adalah pakaian Goku dalam Piccolo Jr. Saga.

Untuk mengingatkan anda semua, Piccolo Jr. Saga ialah story arc terakhir dalam Dragon Ball original, di mana Goku dan Piccolo berhadapan antara satu sama lain. Kisah ini berlaku beberapa tahun sebelum mereka bekerjasama untuk menewaskan Raditz dalam Dragon Ball Z.

Tarikh keluaran rasmi untuk DLC 5 tidak diumumkan, tetapi memandangkan Dragon Ball Z: Kakarot Bardock DLC akan dikeluarkan tidak lama lagi, kita mungkin akan mendapat lebih banyak info dalam masa akan datang. Malangnya, itu sahaja yang dikongsikan oleh Bandai Namco buat masa ini.

Sebagai peringatan, DDLC “-Bardock- Alone Against Fate” akan dilancarkan pada 12 Januari bersama Dragon Ball Z: Kakarot versi PlayStation 5 dan Xbox Series. Buat sesiapa yang berminat, Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Tags: DLCDragon BallDragon Ball Z: Kakarotgoku
Previous Post

Michelle Yeoh merupakan rakyat Malaysia pertama menang anugerah Golden Globe!

Next Post

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake Perkenalkan Watak Baru Bikini Bottomites!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake Perkenalkan Watak Baru  Bikini Bottomites!

SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake Perkenalkan Watak Baru Bikini Bottomites!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd